Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad (PKPKM)
Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad (PKPKM) menjadi kepentingan para pekebun kecil di Malaysia dalam banyak aspek. Dapatkan maklumat mengenai koperasi ini hanya disini!

Pengenalan
Objektif
Visi
Meningkatkan sosial ekonomi pekebun-pekebun kecil dengan cara menjalinkan hubungan yang baik di antara agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya dapat semua sumber milik pekebun-pekebun kecil digembelingkan secara optimum bagi mempertingkatkan daya pengeluaran, pendapatan dan kualiti hidup mereka selaras dengan wawasan 2020.
Misi
Mewujudkan Pekebun-pekebun kecil yang mendapat hak yang sah daripada kekayaan Negara dan menempatkan mereka dalam masyarakat dengan nilai dan maruah diri yang tinggi.
Sejarah
Sejarah PKPKM dapat diterangkan seperti berikut:
- Pertubuhan pertama yang diwujudkan untuk memperjuangkan kedudukan pengeluar-pengeluar getah asli di Negara kita ialah “The United Planters Association of the Federated Malay States” pada tahun 1897.
- Selepas itu sebuah lagi badan yang dinamakan “The Rubber Growers Association” (RGA) di tubuhkan di London pada tahun 1907.
- Ini kemudiannya diikuti dengan penubuhan “The Malayan Estate Owners Association” (MEGA) di Kuala Lumpur pada tahun 1931.
- Seterusnya nama “The United Planters Association of the Federated Malay States” telah ditukar kepada “The United Planting Association of Malaysia” (UPAM) pada tahun 1968.
- Pertubuhan-pertubuhan ini semuanya bertujuan melindungi perusahaan getah serta pertanian, di samping menjaga kepentingan pemilik-pemilik ladang dan syarikat-syarikat perladangan di Malaya/Malaysia.
- Pada bulan Mac 1951, dengan tujuan hendak mengukuhkan lagi pendirian mereka, maka pertubuhan-pertubuhan ini telah mewujudkan pula Majlis Pengeluar-Pengeluar Getah Malaysia (MRPC) sebuah badan yang menyuarakan pendapat seluruh perusahaan getah di negara ini. Tujuan MRPC adalah meliputi tujuan-tujuan RGA, MEOA dan UPAM.
- Di sektor pekebun kecil, mereka mula menyedari semenjak Encik Mohd Isa bin Pandak Aris mula mengusahakan tanaman getah di Kuala Kangsar dan pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan getah pada penghujung abad Ke -19 sehingga 1951, hidup mereka terbiar dengan usaha sendiri di kampung-kampung dan tiada siapa yang menghirau keadaan dan nasib mereka.
- Di atas kesedaran ini, maka pada 5 Oktober 1951, lebih kurang 6 bulan selepas MRPC ditubuhkan, sebuah pertubuhan yang dinamakan “Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Negeri Johor” ditubuhkan di Batu Pahat. Di samping pertubuhan induknya, cawangan-cawangan di daerah-daerah Negeri Johor terus berjalan dengan cergasnya.
- Perkembangan di Negeri Johor kemudiannya diikuti dengan tertubuhnya Persekutuan Pekebun-Pekebun Kecil Negeri, iaitu di Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Melaka dalam tempoh 1952-1956, masing-masing persekutuan dengan cawangan-cawangannya di daerah-daerah.
Mesyuarat Penubuhan
Bagi menguatkan lagi perpaduan di kalangan pekebun-pekebun kecil, maka pada 28 Februari 1956, Mesyuarat Permulaan Penubuhan yang dirasmikan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan tanah Melayu, maka tertubuhlah Majlis Persekutuan-Persekutuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaya (Council of Malayan SmallholdersAssociation-CMSA).
Sebaik sahaja tertubuhnya CMSA,maka Jawatankuasa Kerjanya terus memohon menjadi ahli dalam MRPC. Pada bulan April 1956, MRPC menerima 5 orang wakil daripada CMSA menjadi ahlinya, iaitu kali pertama dalam sejarah pergerakan dan perjuangan pekebun-pekebun kecil berjaya duduk bersama-sama wakil RGA, MEOA dan UPAM untuk memaju, memelihara dan melindungi hak dan kepentingan pengeluarpengeluar getah asli dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Dalam dekad tahun 60an terbit beberapa kelemahan dalam perjalanan CMSA dan persukutuan-persukutuan ahlinya disebabkan masalah pentadbiran dan berterusan sehingga dekad 70an. Kelemahan ini
menyebabkan persukutuan-persukutuan di peringkat negeri dan cawangan boleh dikatakan tidak lagi berfungsi.
Pada tahun 1970, beberapa pemimpin CMSA bersama cerdik pandai lain telah menubuhkan Persukutuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Barat (PKPKMB) dengan tujuan mengukuhkan semula
pendirian pekebun-pekebun kecil dengan pentadbiran yang lebih kemas dan tegas.
Persekutuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Barat ini telah ditubuhkan dan didaftarkan dalam bulan Ogos, 1970 dengan ahli-ahli Majlis Tertingginya diketuai oleh Y.B Tuan Haji Mohd Yusof bin Mahmud sebagai yang Dipertua.
Tugas dan Tanggungjawab
Berikut adalah tugas dan tanggungjawab PKPKM
- Menyatupadukan masyarakat pekebun-pekebun kecil di bawah satu pertubuhan yang dibiayai sendiri.
- Memerhati dan mengamati dasar-dasar Kerajaan yang relevan dengan pembangunan Pekebun-Pekebun Kecil dan memberi maklumbalas kepada Kerajaan terhadap masalah pelaksanaan yang timbul.
- Mengambil bahagian dalam menggubalan dasar-dasar berkenaan pembangunan pekebun-pekebun kecil bersama-sama Agensi Kerajaan yang terlibat.
- Memberi penerangan dan mendapatkan maklum balas daripada pekebun-pekebun kecil berkenaan masalah pelaksanaan dasar pembangunan pekebun-pekebun kecil.
- Menjadi saluran dua hala daripada pekebun-pekebun kecil kepada Kerajaan dan sebaliknya.
http://pkpkm.org.my/
#koperasi #KoperasiServices #PKPKM
Hubungi PKPKM
- Tel: +603-42510984 / +603-42510992
- Fax: 603-42664444
- Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM),
D-1-11, Setiawangsa Business Suites, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
delete
UM Cooperative Bookshop Ltd The University of Malaya Cooperative Bookshop Ltd, also known as Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad, offers a wide range of…
-
delete
Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) Kenali sejarah dan cara untuk menjadi anggota Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) sebelum memohon pinjaman peribadi. Kami menyediakan…
-
delete
Koperasi KOSMAS Selangor: Pelaburan Masa Depan Anda Jana kekayaan masa depan anda dengan pelaburan di Koperasi KOSMAS Selangor. Pelajari lebih lanjut mengenai peluang pelaburan saham…
-
Koperasi Ladang Berhad (KLB): Trusted Source for Agricultural Solutions
Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…
-
delete
Koperasi Iman (KOIMAN) Bergabunglah dengan Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) dalam bidang perladangan fidlot, pusat penyembelihan, dan ladang ternakan lembu Iman Farm. Selain itu,…
-
delete
Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad Apply Personal Loan KIMB Koperasi Islah Malaysia Berhad flat rate interest rate up to RM100,000. No hidden charges.…
-
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA): Enhancing Programmes
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…
-
Koperasi Kobanter Baru: Bandung, Indonesia
Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…