Tag: KUISB

  • Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB): Produk & Pembekalan

    Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB): Produk & Pembekalan

    Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB)

    Tingkatkan keupayaan kewangan anda bersama Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) — sebuah koperasi yang dipercayai dan telah didaftarkan pada 8 Ogos 2005 di bawah Subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993. Sebagai koperasi asas dengan liabiliti terhad, KUISB komited untuk berkhidmat kepada ahli dengan integriti dan penyelesaian kewangan yang mampan.

    Sertai KUISB hari ini dan nikmati pelbagai manfaat eksklusif yang direka khas untuk komuniti akademik dan profesional. Langkah anda ke arah pilihan kewangan yang lebih bijak bermula di sini!

    Pengenalan

    Koperasi Unisel kini menyediakan perkhidmatan Mini BSN dimana anda boleh melakukan deposit wang ke akaun BSN, pengeluaran tunai melalui kad ATM BSN, pembayaran bil (Telefon,TNB, Syabas), pembelian eSSP(Sijil Simpanan Premium) dan juga pembelian tanpa tunai di Pejabat Urusan Koperasi Unisel

    Sejarah

    KOPERASI UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR BERHAD (KUISB) ditubuhkan pada 8 Ogos 2005 dengan mensasarkan keanggotaan di kalangan kakitangan Universiti Selangor (UNISEL). Terletak di UNISEL Kampus Bestari Jaya, KUISB menawarkan kemudahan, manfaat dan kebajikan kepada semua anggota di kedua-dua Kampus Bestari Jaya dan Shah Alam. Tidak hanya menumpukan aktiviti pelaburan, KUISB kini mengorak langkah dengan mengusahakan perniagaan minuman dan percetakan sebagai aktiviti utama menjana ekonomi anggota.

    Visi dan Misi

    VISI
    Menjadi sebuah koperasi contoh yang professional, terunggul dan disegani di Malaysia

    MISI
    Meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan ahli dengan berteraskan budaya dan prinsip-prinsip koperasi

    OBJEKTIF

    1. Menjalankan aktiviti-aktiviti kepenggunaan
    2. Menghasilkan pulangan atas modal ahli pada kadar yang memuaskan
    3. Menjaga kepentingan ahli dan koperasi dengan cekap, amanah dan berkualiti
    4. Menyumbang kepada kebajikan dan aktiviti sosial ahli

    DEFINISI LOGO

    • Logo melambangkan perpaduan yang erat dan kerjasama yang jitu kearah kesejahteraan ahli-ahlinya.
    • Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat dicerminkan dengan bentuk bulatan bewarna biji kundang yang mengelilingi empat bulatan biru di dalamnya.
    • Kerjasama dan perpaduan dilambangkan melalui empat bentuk seperti anak panah yang menuju ke arah yang sama.

    Produk dan Perkhidmatan

    Produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh KUISB adalah :-

      1. T-shirt Unisel
      2. Topi Unisel
      3. Mug dengan tulisan Unisel
      4. Pembekalan alat tulis seperti color paper dan yellow paper
      5. Envelope
      6. Fotostat (fotokopi bahan pembelajaran dan lain-lain)
      7. Insurans kenderaan dan perlindungan diri (Agen Takaful Insurans)

    Hubungi KUISB

    Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya
    Jalan Timur Tambahan
    45600 Batang Berjuntai, Selangor
    Tel: 03-3281 2434

    E-Mail: info@personalfinancingloan.com

    Contact Koop Unisel

    Facebook messenger: m.me/koopunisel

    Koperasi Unisel KUISB Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad


    *Source: kuisb.kopmalaysia.com official website

    Topik Terhangat & Trending

    Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!