Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju)
Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad ataupun singkatannya Komaju Kelantan menawarkan perkhidmatan koperasi terbaik untuk anda pilih. Jom mohon disini.

Pengenalan
Koperasi Jaya Maju Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya pada 7 November 2017 apabila diluluskan pendaftarannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran D-5-0850.
Dengan semangat yang tinggi serta daya juang yang berkobar-kobar daripada puluhan orang yang pernah belajar di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, maka tertubuhlah koperasi ini.
Perjumpaan mesyuarat permulaan untuk penubuhan telah diadakan di Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Diharapkan penubuhan ini akan memartabatkan ekonomi anak bangsa dan umat Islam, sekaligus memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.
Setakat ini, KOMAJU akan memberi fokus kepada perniagaan peruncitan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Matlamat penubuhan utama Komaju ialah untuk menjana ekonomi ahli melalui pengibatan mereka dalam pelbagai sektor perniagaan. Aktiviti utama komaju ialah perniagaan Tadika, Hartanah, Kedai Runcit dll.
Keanggotaan

Untuk menjadi anggota, sila dapatkan syarat seperti berikut:-
- Pelajar atau bekas pelajar UiTM Cawangan Kelantan dan sekurang-kurangnya memiliki Diploma di UiTM Cawangan Kelantan, pasangannya serta ahli keluarganya
- Kakitangan koperasi dan subsidiari-subsidiarinya.
- Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah-
- Warganegara Malaysia
- Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun
- Bermastautin atau mempunyai hartanah atau berkerja dalam kawasan operasi Koperasi ini dan
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan manamana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Permohonan
Permohonan menjadi anggota Komaju Kelantan hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi dan di alamatkan kepada Ketua Setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.
Fi masuk
Tiap-tiap permohonan menjadi anggota Komaju Kelantan hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima puluh). Fi Masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM200.00 (Ringgit: dua ratus).
Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika permohon untuk menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.
Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akuan untung rugi.
#koperasi #KOMAJU
Hubungi Komaju Kelantan
- E-Mel: koperasikomaju@gmail.com
- Alamat: Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad
Lot 1416, Kampung Kor
Batu 8 1/4, Jalan Kuala Krai
16010 Kota Bharu Kelantan
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Koperasi Ladang Berhad (KLB): Trusted Source for Agricultural Solutions
Koperasi Ladang Berhad (KLB) Discover why Koperasi Ladang Berhad (KLB) is Malaysia’s top cooperative for premium fertilizers, fungicides, herbicides, and insecticides. With decades of expertise…
-
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA): Enhancing Programmes
Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) Koperasi Anak Sains MARA Berhad (KOASMARA) was incorporated by alumni of MARA Junior Science College (MRSM), a special high…
-
Koperasi Kobanter Baru: Bandung, Indonesia
Koperasi Kobanter Baru Koperasi Kobanter Baru adalah sebuah koperasi ulung di Bandung, Jawa Barat Indonesia. Mari kita dapatkan nombor telefon koperasi dan alamatnya disini. Anda…
-
Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS): Penginapan Mampu Milik
Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS) Kobemas ataupun nama penuhnya Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad mempunyai sebuah hotel koperasi yang sangat popular di Melaka iaitu…
-
Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI): Affordable Personal & Education Loans
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) Discover smarter financial solutions with Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) — Malaysia’s leading cooperative for higher education loan schemes. Whether…
-
Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju): Permohonan Keanggotaan & Fi Masuk
Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (Komaju) Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad ataupun singkatannya Komaju Kelantan menawarkan perkhidmatan koperasi terbaik untuk anda pilih. Jom mohon disini.…
-
Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi (COOPALTAQWA KATKLB)
Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (COOPALTAQWA KATKLB) Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (COOPALTAQWA KATKLB) menjalankan aktiviti ekonomi berdasarkan syariat Islam. Kami…
-
Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB): Produk & Pembekalan
Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) Tingkatkan keupayaan kewangan anda bersama Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) — sebuah koperasi yang dipercayai dan telah didaftarkan…
