CCRIS
Kenali CCRIS dan fahami bagaimana ia mempengaruhi kelulusan permohonan kewangan anda. Ketahui cara untuk meningkatkan skor kredit, elak permohonan ditolak, dan capai kelulusan lebih mudah. Ambil langkah bijak hari ini — semak CCRIS anda dan mohon dengan yakin!

Definisi

CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System Bank Negara Malaysia BNM adalah laporan bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa. Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.
Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan bagi anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS Bank Negara Malaysia BNM jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak.
Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan Central Credit Reference Information System akan menunjukkan indikator ‘0’ yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda ‘1’ bermaksud tertunggak satu bulan dan ‘2’ bermaksud tertunggak 2 bulan.
Laporan Central Credit Reference Information System CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas.
Pinjaman Ditolak?
Ada sesetengah pemohon yang telah menghantar banyak permohonan loan tidak kira untuk tujuan apa sekalipun seperti pinjaman perumahan, pembiayaan peribadi, sewa beli kenderaan (hired purchased-hp), permohonan kredit kad dan lain-lain transaksi. Semuanya berakhir dengan keputusan yang sangat mengecewakan. Iaitu GAGAL!
Kebiasaannya setiap permohonan yang dikendalikan oleh pihak bank akan dihantar untuk semakan laporan CCRIS Bank Negara Malaysia BNM. Dalam masa beberapa hari atau kurang dari 24 jam pemohon dapat mengetahui keputusan samada permohonan pinjaman peribadi anda itu lulus atau gagal. Semua institusi kewangan akan menggunakan laporan CCRIS ini sebagai indikator samada pemohon boleh membayar ansuran bulanan loan baru atau tidak. Jika terdapat ketidakstabilan dalam pembayaran ansuran bulanan secara tetap, maka agak sukar untuk pihak bank melepaskan atau meluluskan permohonan pembiayaan tuan/puan.
#pinjamanperibadi #CCRIS #BNM
Hubungi CCRIS
- Tel: +603 2174 1717
- bnmtelelink@bnm.gov.my
- Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Minda Jana Duit
Minda Jana Duit Perbezaan Mindset: Orang Ada Duit vs. Orang Takde Duit Bagaimana Orang Berduit Menjana Kekayaan Peluang Pelaburan dan Perniagaan Orang yang mempunyai wang…
-
Pengurusan Hutang: Rahsia Ketenangan Fikiran
Tips Pengurusan Hutang: Ketenangan Fikiran di Tengah Tuntutan Kewangan Dapatkan ketenangan fikiran dengan tips pengurusan hutang yang praktikal. Terangkan tekanan kewangan anda dan nikmati hidup…
-
Amalan Menabung dan Kelebihannya
Amalan Menabung dan Kelebihannya Menabung wang boleh menjadi amalan bijak yang membantu anda menyediakan masa depan anda, mengelakkan hutang terkumpul dan mengendalikan perbelanjaan yang tidak…
-
Kebankrapan Penjawat Awam – Punca dan Penyelesaian
Kebankrapan Penjawat Awam Penjawat awam tidak terkecuali daripada muflis. Malah, memfailkan kebankrapan boleh memberikan pelepasan daripada hutang kad kredit, bil perubatan, hutang cukai dan hutang…
-
Ketahui Punca Muflis: Pengurusan Kewangan Terbaik!
Apakah 10 Sebab Muflis? Kebankrapan atau muflis boleh disebabkan oleh pelbagai sebab seperti kehilangan pekerjaan, bil perubatan, hutang pengguna, kos sara hidup yang tinggi, penurunan…
-
Kebankrapan: Panduan Terbaik dari Pakar Kewangan!
Mengapa Kebankrapan Menyukarkan Hidup? Kebankrapan bukan sahaja memberi kesan kewangan, tetapi juga boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan seseorang. Antara sebab utama mengapa kebankrapan menyukarkan hidup…
-
Pendapatan Sampingan: Panduan Mudah untuk Sesiapa Sahaja!
Bagaimana Mendapatkan Pendapatan Sampingan dengan Mudah Sekali? Mendapat pendapatan sampingan tidak semestinya sukar. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan aliran pendapatan pasif yang berterusan, daripada memulakan…
-
Menambah Pendapatan: Panduan Terbaik Kini Dibongkar!
10 Cara Terbaik Menambah Pendapatan Terdapat banyak cara untuk menambah pendapatan anda! Cuba bekerja bebas, memulakan kerja sampingan atau mendapatkan pekerjaan kedua. Anda juga boleh…