CCRIS
Kenali CCRIS dan fahami bagaimana ia mempengaruhi kelulusan permohonan kewangan anda. Ketahui cara untuk meningkatkan skor kredit, elak permohonan ditolak, dan capai kelulusan lebih mudah. Ambil langkah bijak hari ini — semak CCRIS anda dan mohon dengan yakin!
Definisi
CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System adalah laporan bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa. Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.
Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan bagi anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS Bank Negara Malaysia BNM jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak.
Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan CCRIS akan menunjukkan indikator ‘0’ yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda ‘1’ bermaksud tertunggak satu bulan dan ‘2’ bermaksud tertunggak 2 bulan.
Laporan CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas.
Pinjaman Ditolak?
Ada sesetengah pemohon yang telah menghantar banyak permohonan loan tidak kira untuk tujuan apa sekalipun seperti pinjaman perumahan, pembiayaan peribadi, sewa beli kenderaan (hired purchased-hp), permohonan kredit kad dan lain-lain transaksi. Semuanya berakhir dengan keputusan yang sangat mengecewakan. Iaitu GAGAL!
Kebiasaannya setiap permohonan yang dikendalikan oleh pihak bank akan dihantar untuk semakan laporan CCRIS Bank Negara Malaysia BNM. Dalam masa beberapa hari atau kurang dari 24 jam pemohon dapat mengetahui keputusan samada permohonan pinjaman peribadi anda itu lulus atau gagal. Semua institusi kewangan akan menggunakan laporan CCRIS ini sebagai indikator samada pemohon boleh membayar ansuran bulanan loan baru atau tidak. Jika terdapat ketidakstabilan dalam pembayaran ansuran bulanan secara tetap, maka agak sukar untuk pihak bank melepaskan atau meluluskan permohonan pembiayaan tuan/puan.
Hubungi Kami
- Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur, Malaysia - Tel: +603 2174 1717
- E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
