Prosedur Pinjaman Peribadi
Apakah prosedur pinjaman peribadi Koperasi & Bank supaya proses menyediakan dokumen sehingga dapat tunai ditangan dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang gangguan? Dapatkan semua info disini.

Prosedur Popular
e-payslip utk AG (Federal Government)
Berikutan dengan banyaknya berlaku kes penipuan payslip (fraud), pihak koperasi telah mengetatkan syarat dan prosedur pembiayaan peribadi dengan menyuruh pemohon untuk membekalkan kata laluan (password) sementara untuk mengakses payslip pemohon.
Tukar Kata Laluan
Berkenaan isu penyalahgunaan penyata gaji, katalaluan (temporary pin number) atau password sementara akan digunakan oleh pihak koperasi untuk authenticate samada payslip betul ataupun penyata gaji yang diberikan adalah palsu.
Dan selepas pemohon menerima panggilan akad dari koperasi berkenaan permohonan pembiayaan peribadi, pemohon dinasihatkan untuk menukar semula katalaluan sementara kepada kataluan asal atau katalaluan lain sebagai langkah keselamatan.
Untuk penjawat awam (government staff), anda perlu menukar katalaluan atau password kepada no ic supaya pihak koperasi dapat membuat semakan samada payslip yang diberikan semasa proses verifikasi dokumen adalah berasal dari slipgaji tulen dan bukannya payslip yang diedit dengan mengubahsuai amaun pendapatan dan potongan slipgaji.
Adalah menjadi kesalahan besar sekiranya pihak koperasi mendapati payslip yang diberi adalah palsu. Ini menyalahi etika seorang penjawat awam. Selepas mendapat panggilan akad, pemohon bolehlah menukar semula password kepada password asal supaya akaun penyata gaji anda tidak lagi boleh disemak oleh sesiapa pun kecuali diri anda sendir.
Diharap agar bakal peminjam dan pemohon mengerti dan memahami akan prosedur tambahan yang perlu dan harus dilakukan bagi menjamin kemaslahatan semua pihak.
Elakan Kelewatan Proses Borang
Pemohon di Semenanjung Malaysia
Bagi pemohon Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) yang bekerja di Semenanjung Malaysia, dalam borang kebenaran pemotongan gaji MESTILAH mendapatkan cop dan tandatangan dari Guru Besar atau Pengetua sekolah.
Pemohon yang Bekerja di Sekolah Sabah dan Sarawak
Borang tidak akan diproses sekiranya pemohon dari Sabah dan Sarawak sehingga anda berjaya mendapatkan cop pengesahan dari Guru Penolong Kanan (GPK) ataupun guru besar.
Pemohon yang bekerja di sekolah Sabah dan Sawarak diwajibkan mendapatkan cop pengesahan borang Biro Angkasa ataupun borang kebenaran pemotongan dari PPD.
Pemohon yang bekerja di jabatan atau kementerian harus juga mengetahui adanya seorang pegawai yang benar-benar boleh mengesahkan borang kebenaran pemotongan gaji.
Sekiranya pembantu pegawai tersebut yang mengesahkan, pemohon harus mendapatkan cop pengesahan sekali lagi dari pegawai yang dilantik. Pegawai yang tidak dilantik majikan tidak akan dipertimbangkan walaupun beliau adalah bos anda.
Penyata Bank
Pemohon WAJIB mendapatkan penyata bank asal terkini yang dicetak dibank yang memaparkan transaksi sehinngga gaji baru dikreditkan ke dalam akaun gaji.
Pemohon harus mendapatkan penyata bank (bank statement) yang baru jika bank statement dari bank yang masuk gaji tidak up to date sehingga kelihatan gaji bulan terkini dipaparkan pada penyata bank tersebut.
Pihak kami berharap agar pemohon Sabah dan Sarawak memahami akan situasi yang berlaku.
Apa yang pihak kami inginkan adalah menyiapkan pembiayaan peribadi tuan/puan dalam jangkamasa yang singkat, pantas dan tidak perlu melakukan beberapa kali untuk kesenangan tuan/puan juga. Walaupun anda terpaksa berulang alik jauh dari tempat tinggal ke cawangan bank berhampiran, namun anda harus faham bahawa proses sedemikian diperlukan dalam mempercepatkan urusan permohonan pinjaman peribadi.
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Minda Jana Duit
Minda Jana Duit Perbezaan Mindset: Orang Ada Duit vs. Orang Takde Duit Bagaimana Orang Berduit Menjana Kekayaan Peluang Pelaburan dan Perniagaan Orang yang mempunyai wang…
-
Pengurusan Hutang: Rahsia Ketenangan Fikiran
Tips Pengurusan Hutang: Ketenangan Fikiran di Tengah Tuntutan Kewangan Dapatkan ketenangan fikiran dengan tips pengurusan hutang yang praktikal. Terangkan tekanan kewangan anda dan nikmati hidup…
-
Amalan Menabung dan Kelebihannya
Amalan Menabung dan Kelebihannya Menabung wang boleh menjadi amalan bijak yang membantu anda menyediakan masa depan anda, mengelakkan hutang terkumpul dan mengendalikan perbelanjaan yang tidak…
-
Kebankrapan Penjawat Awam – Punca dan Penyelesaian
Kebankrapan Penjawat Awam Penjawat awam tidak terkecuali daripada muflis. Malah, memfailkan kebankrapan boleh memberikan pelepasan daripada hutang kad kredit, bil perubatan, hutang cukai dan hutang…
-
Ketahui Punca Muflis: Pengurusan Kewangan Terbaik!
Apakah 10 Sebab Muflis? Kebankrapan atau muflis boleh disebabkan oleh pelbagai sebab seperti kehilangan pekerjaan, bil perubatan, hutang pengguna, kos sara hidup yang tinggi, penurunan…
-
Kebankrapan: Panduan Terbaik dari Pakar Kewangan!
Mengapa Kebankrapan Menyukarkan Hidup? Kebankrapan bukan sahaja memberi kesan kewangan, tetapi juga boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan seseorang. Antara sebab utama mengapa kebankrapan menyukarkan hidup…
-
Pendapatan Sampingan: Panduan Mudah untuk Sesiapa Sahaja!
Bagaimana Mendapatkan Pendapatan Sampingan dengan Mudah Sekali? Mendapat pendapatan sampingan tidak semestinya sukar. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan aliran pendapatan pasif yang berterusan, daripada memulakan…
-
Menambah Pendapatan: Panduan Terbaik Kini Dibongkar!
10 Cara Terbaik Menambah Pendapatan Terdapat banyak cara untuk menambah pendapatan anda! Cuba bekerja bebas, memulakan kerja sampingan atau mendapatkan pekerjaan kedua. Anda juga boleh…