Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Personal Loan

About Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah

Koperasi Ukhwah adalah koperasi yang terkenal yang menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan AG, kerajaan negeri dan Polis. Untuk yang bertaraf sementara atau kontrak atau belum disahkan jawatan (bermaksud yang masih ada potongan KWSP) tidak layak untuk memohon pembiayaan dari Koperasi Ukhwah ini. Koperasi ini menerima dana kewangan dari Maybank.

Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap, badan berkanun GLC dan polis sahaja.

Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Cash-i

Produk pembiayaan yang masih ada lagi untuk dimohon. Dibawah adalah syarat2nya.

Syarat / Kelayakan

  1. Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terpilih
  2. Berumur 19 hingga 56 tahun
  3. Berjawatan tetap (minima 6 bulan berkhidmat)
  4. Potongan gaji (termasuk pembiayaan baru) tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan
  5. Pendapatan minimum RM1500 ke atas layak memohon
  6. Tempoh bayaran balik 24 bulan sehingga 120 bulan
  7. Pembiayaan Bertindih (Overlap) dan Penyelesaian Akaun Disenarai Hitam (Blacklist) dibenarkan

Dokumen Sokongan

  • Kad Pengenalan (3 salinan)
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (3 salinan setiap bulan)
  • Penyata penyelesaian terkini bagi menyelesaikan (overlap) pinjaman lama
  • Surat Pengesahan Jawatan
  • Salinan Penyata/Buku Akaun Simpanan Maybank (1 salinan)
  • Surat opsyen bersara jika berumur 50 tahun ke atas
  • “Allotment Form” bagi pemohon dari Sabah dan Sarawak (5 salinan)
  • Surat Emolumen dari kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (1 salinan)

* Setiap salinan perlu disahkan oleh majikan

Soalan Lazim Berkaitan Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah

  • 1. Siapakah yang layak memohon Pembiayaan Peribadi UKHWAH?

    Pinjaman peribadi ini terbuka kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih. Pemohon hendaklah mencapai usia 19 tahun dan umur maksima yang dibenarkan adalah 53 tahun. Pemohon hendaklah berjawatan tetap, telah disahkan perkhidmatan dan berkhidmat melebihi 6 bulan.

  • 2. Berapakah jumlah pembiayaan maksimum?

    Jumlah maksumum pinjaman peribadi adalah RM 200,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus.

  • 3. Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tunggakan dan tanggungan dari institusi kewangan yang lain?

    Boleh. Sila sertakan penyata baki semasa pemohon. Bagaimanapun ia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru, kadar potongan mestilah tidak melebihi had 60% yang ditetapkan.

  • 4. Adakah pembiayaan ini memerlukan penjamin?

    Pinjaman Peribadi Ukhwah ini tidak memerlukan penjamin

  • 5. Berapa peratuskah jumlah bersih pembiayaan yang akan diterima oleh pemohon?

    Pemohon akan menerima 87 peratus hingga ke 90 peratus daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan setelah ditolak caj-caj yang berkaitan.

  • 6. Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan?

    Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan kasar.

  • 7. Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap?

    Semua jenis elaun / imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh: elaun khidmat awam, elaun perumahan, dan lain-lain.

  • 8. Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan?

    Tidak. Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

  • 9. Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan peribadi ini?

    Setiap permohonan akan diproses untuk kelulusan dalam jangkamasa 7 hingga 10 hari bekerja.

  • 10. Adakah pemohon yang telah disenarai hitam (blacklist) layak memohon?

    Pemohon yang pernah disenarai hitam (Blacklist) masih layak memohon pinjaman peribadi Koperasi Ukhwah. Kelulusan permohonan bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan pemohon untuk menyelesaikan akaun pinjaman yang telah disenaraihitamkan (sebahagian atau sepenuhnya).

  • 11. Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan Koperasi Ukhwah?

    Tempoh adalah dari 24-120 bulan seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia BNM.

  • 12. Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini?

    Pembayaran balik pinjaman peribadi Koperasi Ukhwah ini adalah melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

  • 13. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Pinjaman Peribadi ini?

    Dokumen yang diperlukan adalah 3 salinan kad pengenalan, 1 bulan slip gaji terkini dan 3 salinan untuk setiap bulan terkini (semua dokumen perlu pengesahan majikan) dan penyata penyelesaian awal (jika berkaitan).

  • 14. Bagaimanakah cara untuk memohon Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah ini?

    Sila dapatkan borang permohonan di ibu pejabat Koperasi UKHWAH atau hubungi pegawai pemasaran yang dilantik atau boleh menghubungi kami di talian 03-2691 3357 / 2691 0233.

  • 15. Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi Ukhwah?

    Syarat-syarat untuk mendaftar sebagai anggota adalah seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun.
    3. Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi ini; dan.
    4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang dari keanggotaan mana-mana koperasi.
  • 16. Bolehkah pendaftaran sebagai ahli Ukhwah dibuat sekiranya pemohon tiadak mempunyai akaun Pembiayaan Peribadi Ukhwah?

    Boleh, pemohon hanya perlu mendaftar dan membayar yuran bulanan. Pemohon seterusnya akan didaftarkan sebagai ahli kelab UkhwahCare dan boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Produk Pinjaman Peribadi Ukhwah 4.65%

Kriteria pinjaman peribadi Koperasi Ukhwah adalah seperti tempoh pinjaman 10 tahun sahaja max. Kiraan had kelayakan pinjaman adalah 60% dari gaji kasar (AG, Polis, kerajaan negeri, majlis dan GLC terpilih sahaja).

Proses kelulusan dan dapat duit 4-8 minggu. Jika ada blacklist dengan mana-mana institusi kewangan perlu settle.

Koperasi Ukhwah akan membuat semakan dengan sistem OCCIS yang digunapakai oleh Maybank, jadi sekiranya mempunyai pinjaman seperti perumahan, pinjaman kenderaan, kredit kad Maybank atau apa sahaja produk yang dikeluarkan oleh Maybank, permohonan adalah sukar untuk mendapat kelulusan dan kebanyakan permohonan akan ditolak.

Repayment table (jadual pembayaran) Koperasi Ukwah.

Berkuatkuasa pada Julai 2013, had tempoh pinjaman peribadi bagi semua permohonan pinjaman peribadi telah dipendekkan menjadi 10 tahun seperti arahan Bank Negara Malaysia.

Interested to Apply A Personal Loan? How to communicate

Call/ SMS / Whatsapp: 019-2983056 (Give name, No.IC, Departments & Locations, office telephone number, mobile phone number(if no different with WhatsApp number), Permanent/ Contract, Basic Salary, Fixed Allowances and Total Deductions on latest payslip), FaceBook / E-mail: info@personalfinancingloan.com

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Reviews

Customer Reviews about Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad adalah koperasi yang popular dengan kadar interest yang rendah dan payout tinggi. Klik untuk mohon

Mohd Azwan

https://koperasi.business

Contact Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

error: Content is protected !!