Ketahui Bagaimana Pinjaman Lulus Sebelum Raya

Ingin tahu tips untuk dapatkan pinjaman sebelum Raya? Jangan biarkan kewangan menjadi beban di musim perayaan. Kepada bakal pelanggan, mari ikuti langkah-langkah ini demi kesejahteraan anda di Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

10 Tips Dapat Duit Loan Sebelum Raya

Buat Permohonan Loan Awal-awal

Langkah pertama dalam mendapatkan duit loan sebelum raya adalah memohon loan lebih awal. Anda perlu mengambil kira masa pemprosesan borang dan menyediakan buffer time sekiranya berlaku kesilapan dalam mengisi borang permohonan. Masa terbaik untuk memohon loan sebelum raya adalah sekitar sebulan sebelum 1 Syawal.

Namun, ramai yang menunggu kenaikan gaji atau slip gaji terkini yang biasanya jatuh pada bulan Ramadhan. Anda boleh menunggu, tetapi risiko untuk mendapat duit selepas raya lebih tinggi jika tidak membuat permohonan lebih awal.

Jangan Mohon Pinjaman Bertindih (Overlap)

Tips kedua adalah elakkan memohon pinjaman bertindih. Memohon pinjaman bertindih atau overlap loan yang sedang berjalan akan memakan masa lebih lama kerana pihak bank atau koperasi memerlukan masa untuk memproses pembayaran dan menunggu resit pembayaran. Kadang-kadang, untuk menunggu resit pembayaran diterima, proses ini boleh mengambil masa beberapa hari atau bahkan dua minggu.

Sebagai alternatif, lebih baik untuk membuat permohonan loan baru atau pembiayaan baru untuk mengelakkan masalah ini.

Sediakan Dokumen Lengkap Seawal Mungkin

Langkah ketiga adalah mempersiapkan dokumen lengkap lebih awal. Berikut adalah dokumen yang biasanya diperlukan (dan tidak terhad kepada):

  • Penyata Bank: Dapatkan penyata bank 3 bulan yang disahkan oleh pegawai bank.
  • Slip Gaji Terkini: Berserta slip gaji 2 bulan terdahulu yang disahkan oleh pegawai jabatan (Unit Gaji, Bahagian Kewangan, atau Pengarah).
  • Surat Pengesahan Jawatan: Mengandungi gaji terkini.
  • Surat Opsyen Bersara: Lengkap dengan muka surat yang diperlukan.
  • Surat Perpindahan ke Jabatan atau Unit Baru.
  • Surat Pengesahan Lantikan: Untuk pemohon yang baru bekerja. Biasanya, bank dan koperasi membenarkan permohonan loan jika pemohon telah bekerja selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Dokumen Sokongan Lain: Jika perlu.

Sila rujuk kepada pakar perunding kewangan atau agen koperasi dan bank yang anda berurusan dengan. Kami juga menggalakkan anda untuk memohon pinjaman peribadi dengan kami. Hubungi kami segera!

Jangan Buat Loan Setahun Sebelum Kedatangan Hari Raya Aidilfitri

Tips keempat adalah jangan buat loan terlalu awal, seperti setahun sebelum Hari Raya. Walaupun ramai yang gembira dengan kenaikan gaji atau pangkat, pastikan anda merancang perbelanjaan untuk Hari Raya. Duit yang digunakan semasa Hari Raya adalah lebih penting berbanding perbelanjaan cuti hujung tahun.

Perlu diingat bahawa jumlah minimum pembiayaan peribadi bank atau koperasi lazimnya adalah RM3,000, dan jika anda ingin membuat loan koperasi, anda perlu menambah RM30 untuk caruman yuran bulanan. Oleh itu, pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya RM80 kenaikan gaji agar permohonan pinjaman anda diluluskan.

Tunggu Kenaikan Gaji atau Pangkat

Perkara seterusnya dalam 10 Tips Dapat Duit Loan Sebelum Raya adalah Tunggu Kenaikan Gaji atau Pangkat. Anda tidak harus terburu-buru untuk membuat loan sejurus kenaikan gaji atau pangkat anda tertera pada slip gaji. Ini kerana anda boleh simpan untuk kegunaan raya. Walaupun bebanan hutang tinggi, namun harus diingat, bekalan duit yang mencukupi untuk hari raya adalah penting bagi menampung kos penyelenggaraan kereta, membeli baju raya, membeli langsir raya, pemberian duit raya dan lain-lain. Hari Raya atau Lebaran adalah hari yang memerlukan wang yang sangat banyak.

Jadi, bersabarlah apabila anda telah mendapat kenaikan gaji atau pangkat dan mohonlah loan apabila tiba masanya iaitu pada musim hari raya.

Biasanya, Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tidaklah terlalu banyak jika dibandingkan dengan peningkatan gaji dari kenaikan pangkat dari satu gred ke gred yang lain kerana keseluruhan sistem pengredan gaji anda akan berubah. Gunakan kenaikan gaji hasil dari naik pangkat dengan sebaik mungkin.

Semak Rekod Pembayaran Hutang CCRIS

Tips yang keenam dalam 10 Tips Dapat Duit Loan Sebelum Raya adalah Semak Rekod Pembayaran Hutang CCRIS Anda. Jika anda sudah mempunyai kelayakan untuk membuat loan, telah mendapatkan cop pengesahan majikan, dan permohonan juga sudah dihantar, tetapi tiba-tiba permohonan pinjaman peribadi bank dan koperasi anda ditolak kerana masalah pembayaran hutang yang tidak cantik yang dirakam oleh Sistem CCRIS, ini akan mengakibatkan gagalnya permohonan pinjaman untuk mendapatkan Duit Loan Sebelum Raya, sama ada sudah mempunyai akaun dengan sesebuah bank atau koperasi.

Dapatkan Pegawai Sebenar untuk Pengesahkan Borang Loan

Langkah ketujuh dalam 10 Tips Dapat Duit Loan Sebelum Raya adalah Dapatkan Pegawai Sebenar untuk Pengesahkan Borang Loan. Terdapat banyak kes di mana ramai pemohon tidak dapat mengenalpasti siapa pegawai yang layak untuk mengesahkan borang loan.

Untuk pengetahuan semua, pegawai yang layak untuk mengesahkan borang loan adalah pegawai yang dilantik oleh majikan untuk mengesahkan borang loan. Pegawai tersebut boleh terdiri daripada pegawai di Unit Gaji, Bahagian Kewangan, Pengarah Hospital, atau bos di tempat kerja kita. Anda digalakkan untuk bertanya kepada jabatan atau unit anda siapa pegawai yang dilantik. Terdapat banyak kes di mana pemohon beranggapan bahawa pegawai yang dilantik untuk mengesahkan borang loan adalah bos anda sendiri. Tanggapan ini harus diperbetulkan kerana sebab-sebab berikut:

  • Koperasi atau Bank hanya akan berurusan dengan seorang pegawai sahaja bagi tujuan pengesahan dokumen dan panggilan akad apabila pembiayaan diluluskan.
  • Koperasi atau Bank mempunyai rekod pegawai yang layak untuk mengesahkan borang loan sahaja. Jika nama bos anda tidak tertera dalam senarai pegawai yang layak, maka urusan akan tergendala kerana anda mesti mendapatkan pengesahan semua dokumen dari pegawai tersebut.
  • Biasanya pegawai yang dilantik untuk mengesahkan borang loan diberi tanggungjawab dan sebarang kesilapan atau komplot antara pegawai dan pemohon akan menyebabkan pegawai tersebut bertanggungjawab dan menanggung semua risiko jika siasatan dalaman dilakukan. Risiko ini termasuk tindakan tatatertib, digantung kerja, digantung kenaikan gaji, digantung kenaikan pangkat sehingga siasatan selesai.

Untuk menghindari budaya hutang keterlaluan, perlu diingat bahawa syarat untuk membuat permohonan pinjaman peribadi adalah jumlah potongan mestilah tidak lebih dari 60% dari pendapatan tetap setiap bulan.

Dapatkan Pegawai Pemasaran / Perunding Kewangan yang Dipercayai

Perkara kelapan dalam 10 Tips Dapat Duit Loan Sebelum Raya adalah Dapatkan Pegawai Pemasaran / Perunding Kewangan yang Dipercayai. Ini adalah satu aspek yang sangat penting selepas semua dokumen anda lengkap disahkan, semakan CCRIS yang bersih dari pembayaran tertunggak, dan lain-lain (sama seperti 8 tips teratas).

Mengapa Pemilihan Perunding Kewangan Bank dan Koperasi Sangat Penting?

Banyak faktor yang mempengaruhi kelancaran untuk dapat duit loan sebelum raya. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Perunding kewangan bank dan koperasi yang mengumpul borang beberapa pemohon dan barulah dihantar ke pejabat koperasi atau bank sekaligus. Ini akan melambatkan proses permohonan pembiayaan.
  • Agen koperasi atau perunding kewangan yang tidak culas dengan pengiraan atau terlepas pandang bahawa anda sebenarnya tidak layak meminjam.
  • Dapat mengelakkan dari sindiket pemalsuan dokumen.
  • Tidak terpedaya dengan janji-janji manis agen koperasi / perunding kewangan.
  • Tidak berlaku sebarang perompakan awal duit pemohon, seperti perlu membayar sejumlah wang untuk lulus.
  • Supaya anda dapat menjalin hubungan erat dengan agen koperasi yang budiman.
  • Agar anda tidak rugi dengan skim payout rendah yang akan menyusahkan anda di kemudian hari.

Pastikan Urusan Selesai dalam Masa 2 Hari

Tips yang kesembilan dalam 10 Tips Dapat Duit Loan Sebelum Raya adalah Pastikan Urusan Selesai dalam Masa 2 Hari. Semua sedia maklum bahawa musim perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri memang akan berlaku lambakan borang permohonan pinjaman peribadi.

Jadi, untuk mengelakkan proses kelulusan yang lama dari pihak koperasi dan bank, anda dinasihatkan untuk menyiapkan semua perkara yang anda perlu uruskan dalam masa 2 hari. Ini kerana, jika proses menyediakan borang mengambil masa lebih lama, maka anda akan perlu menunggu pula proses semakan dan kelulusan dari bahagian processing.

Besar kemungkinan anda akan mendapat duit loan selepas raya.

Pastikan Borang Loan Lengkap dan Tiada Kesilapan Ketika Mengisi Borang

Langkah terakhir dalam 10 Tips Dapat Duit Loan Sebelum Raya adalah Pastikan Borang Loan Lengkap dan Tiada Kesilapan Ketika Mengisi Borang. Jika anda sudah boleh mengagak bila loan anda lulus dan juga berpengalaman pernah memohon pinjaman peribadi dengan sesuatu bank atau koperasi yang sama sebelum ini, anda tidak harus alpa dengan borang yang lengkap. Borang yang lengkap diertikan seperti tiada kesilapan mengisi, mengikut panduan yang diberikan, cop dan tandatangan majikan yang betul, dokumen sokongan yang lengkap dan sebagainya.

Dengan cara ini, anda tidak perlu khuatir kerana anda pasti akan dapat duit loan sebelum raya! Percayalah, dengan melakukan segala usaha dengan keikhlasan dan bersungguh-sungguh, anda akan dapat bergembira di Hari Raya.

Begitulah berakhirnya 10 Tips Dapat Duit Loan Sebelum Raya yang sangat bermanfaat untuk anda yang ingin membuat pinjaman peribadi atau apa sahaja bentuk pinjaman. Diharap anda dapat berkongsi info menarik ini di media sosial dengan menekan butang share di bawah.




10 Tips Dapat Duit Loan Sebelum Raya
10 Tips Dapat Duit Loan Sebelum Raya 3

Pinjaman Lulus Sebelum Raya: Ringkasan

Pengurusan Kewangan

Perlukan bantuan dalam pengurusan kewangan? Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan untuk membantu anda menguruskan wang dengan lebih bijak. Dapatkan tips, strategi, dan perkhidmatan yang sesuai untuk mencapai kestabilan kewangan. Klik di bawah untuk belajar lebih lanjut dan mulakan perjalanan kewangan anda!

Pengurusan Hutang: Rahsia Ketenangan Fikiran

Tips Pengurusan Hutang: Ketenangan Fikiran di Tengah Tuntutan Kewangan Dapatkan ketenangan fikiran dengan tips pengurusan hutang yang praktikal. Terangkan tekanan kewangan anda dan nikmati hidup...

Amalan Menabung dan Kelebihannya

Amalan Menabung dan Kelebihannya Menabung wang boleh menjadi amalan bijak yang membantu anda menyediakan masa depan anda, mengelakkan hutang terkumpul dan mengendalikan perbelanjaan yang tidak...

Kebankrapan: Panduan Terbaik dari Pakar Kewangan!

Mengapa Kebankrapan Menyukarkan Hidup? Kebankrapan bukan sahaja memberi kesan kewangan, tetapi juga boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan seseorang. Antara sebab utama mengapa kebankrapan menyukarkan hidup...

Web Directories

Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth

*Source: Maklumat Agen official website

error: Content is protected !!