Panduan Permohonan Pinjaman Peribadi

Dapatkan panduan permohonan pinjaman peribadi Bank dan Koperasi apabila anda ingin membuat permohonan pembiayaan. Dapatkan disini untuk maklumat lanjut dan terkini.

Panduan Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Dan Koperasi

Pengenalan

Halaman ini akam memberikan penjelasan lanjut mengenai Panduan Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Dan Koperasi. Syarat-syarat dan panduan mengenai cara memohon boleh didapati pada setiap promosi dan tertakluk kepada pakej yang dipilih.

Setiap produk pinjaman peribadi yang dipilih pada setiap halaman laman web ini akan memperihalkan mengenai syarat-syarat dan panduan permohonan pembiayaan peribadi.

Terbuka kepada semua kakitangan kerajaan berjawatan tetap, kontrak dan lain-lain. Untuk pekerja swasta, tentera atau pesara kerajaan dapatkan info disini.

Dokumen

Bagi tujuan panduan permohonan pinjaman peribadi, secara amnya (by default), dokumen yang diperlukan untuk pinjaman peribadi adalah seperti berikut:-

  1. 1 slipgaji ASAL Terkini. Jika e-penyata, perlu 1 salinan slipgaji terkini tanpa cop sebagai slip asal.
  2. 3 salinan X 3 bulan slipgaji = 9 salinan (disahkan).
  3. 3 salinan IC depan belakang (disahkan).
  4. 1 salinan bil api@air@astro (salah satu).
  5. 1 salinan muka depan buku bank bagi tujuan bank-in duit.
  6. 1 bank statement (original) dari bank yang masuk gaji 3 bulan terkini dicetak di bank.
  7. 1 surat pengesahan jawatan dengan letterhead majikan (original).
  8. 1 statement KWSP yang dicetak di Kiosk KWSP jika masih mempunyai potongan caruman KWSP. Fotostat tidak diterima.
  9. 1 salinan Surat Opsyen 56/58 tahun disahkan (jika perlu).
  10. 1 salinan Surat Lantikan disahkan (jika perlu).

* Nota : Semua dokumen perlu disahkan oleh Unit Gaji/ Bahagian Kewangan/ Guru Besar (majikan).

Kes Meniru Tandatangan

Anda tidak boleh meniru tandatangan majikan kerana ia merupakan kesalahan besar dan serius serta boleh diambil tindakan tegas. Pemohon harus mengikut tatakelola jabatan atau kementerian yang mewajibkan untuk meninggalkan baki bersih ditangan tidak kurang 40% dari gaji kasar.

Kes menggunakan cop jabatan tanpa kebenaran dan meniru tandatangan majikan adalah sangat tidak wajar dalam dan dalam banyak kes, kejadian seperti ini dapat dikesan dan akhirnya merugikan pemohon kerana malu pun dapat akibat dari tindakan yang menyalahi undang-undang.

Punca

Keadaan ini berlaku kerana ada diantara jabatan kerajaan melalui unit gaji atau bahagian kewangan atau guru besar sekolah menapis permohonan terlalu ketat sehingga pemohon yang sepatutnya masih layak sukar mendapat cop pengesahan.

Pemohon tidak mempunyai pilihan selain membuat cop sendiri dan meniru tandatangan majikan. Harus diingat kerana pihak koperasi mengambil langkah tegas melalui prosedur ‘membuat pengesahan majikan’. Sentiasa ikuti prosedur yang betul dan telus.

Koperasi akan menghubungi majikan melalui panggilan telefon dan faks borang biro angkasa/ borang kebenaran pemotongan gaji kepada pegawai unit gaji/bahagian kewangan/guru besar sekolah untuk verify cop dan pengesahan adalah tulen.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pemohon harus mendapatkan bank statement dari bank yang masuk gaji 3 bulan terkini dicetak di bank (tidak boleh print on-line statement) sebagai langkah tambahan mengekang penyelewengan ini.

Status Approve Atau Reject

Dimaklumkan bahawa kami hanya dapat menyemak status kelulusan pembiayan tuan/puan sekiranya borang permohonan dihantar kepada kami.

Sekiranya pemohon menghantar kepada wakil jualan/agen/perunding kewangan yang lain dan selepas itu tidak dapat menghubungi ejen tersebut, maka pihak kami tidak bertanggungjawab atas urusan yang dilakukan antara agen lain dan pemohon. Ini kerana pihak kami tidak tahu status permohonan pinjaman peribadi tuan/puan.

Seharusnya sebelum apa-apa permohonan dilakukan, para peminjam mesti mengetahui latar belakang agen dan status agen samada separuh masa atau sepenuh masa (full time agent atau half-time agent). Ini kerana full time agent seperti kami mempunyai laman web rasmi dan mudah dihubungi.

Sekiranya terdapat keadaan di mana cuti public holiday atau masalah kesihatan maka kami akan menghubungi pemohon dengan kadar yang segera mungkin.

Majikan Sekolah

Masalah Talian Telefon Pejabat Rosak?

Banyak berlaku kes dimana nombor telefon pejabat mengalami kerosakan, jadi sukar pihak koperasi membuat panggilan untuk pengesahan majikan.

Walaupun pemohon telah memberikan nombor telefon bimbit Guru Besar, kerani atau GPK, tetapi pihak koperasi tidak boleh terus menelefon untuk pengesahan majikan kerana tidak pasti samada adakah nombor yang diberi benar-benar nombor pegawai atau tidak. Ini kerana penyamaran boleh berlaku dan koperasi harus berhati-hati dalam perkara ini.

Jadi untuk merungkaikan masalah ini, pemohon bolehlah faks/emel/WhatsApp surat dari PPD (Pejabat Pelajaran Negeri) yang menyatakan dengan jelas nombor telefon pejabat telah rosak akibat kecurian kabel telefon dsb. dan mengarahkan nombor telefon seorang pegawai sahaja untuk segala urusan melalui panggilan telefon.

 #PengurusanKewangan 

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!