Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB
Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB Summary
- Koperasi Name: Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya
- Abbreviation / Code Name: KPPUMB
- Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB
Siapakah yang layak memohon syer tambahan Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB?
Tawaran penambahan syer ini adalah terbuka kepada semua anggota yang belum mencapai had
maksimum pegangan syer sebanyak RM10,000.
Jenis Pinjaman Peribadi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB
JENIS-JENIS PINJAMAN
- Pinjaman Persendirian adalah terhad sehingga 90% dari jumlah yuran anggota yang terkumpul pada tarikh permohonan dibuat.
- Pinjaman Dengan Jaminan adalah berdasarkan kepada lima belas (15) bulan gaji peminjam dicampur dengan jumlah yuran terkumpul pada tarikh permohonan pinjaman dibuat atau RM16,000.00 yang mana kurang dan mengikut kelayakan.
- Pinjaman Kedua dengan jaminan adalah berdasarkan kepada lima belas (15) bulan gaji peminjam dicampur dengan jumlah yuran yang terkumpul pada tarikh permohonan dibuat atau RM11,000.00 yang mana kurang dan mengikut kelayakan.
Had kelayakan Pinjaman Peribadi
ANGGOTA YANG LAYAK MEMOHON PINJAMAN
Anggota-anggota Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB yang telah menganggotai Koperasi ini tidak kurang dari enam(6) bulan adalah layak untuk memohon pinjaman.
HAD KELAYAKAN PINJAMAN
Had Pinjaman yang boleh dipertimbangkan oleh Lembaga Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB adalah mengikut lamanya tempuh keanggotaan mereka seperti berikut :-
Tempuh Keanggotaan Had Pinjaman
- 6 bulan hingga 12 bulan RM2,000 + 50% yuran
- melebihi 12 bulan hingga 24 bulan RM4,000 + 50% yuran
- melebihi 24 bulan hingga 36 bulan RM6,000 + 50% yuran
- melebihi 36 bulan hingga 48 bulan RM8,000 + 50% yuran
- melebihi 48 bulan hingga 84 bulan RM10,000 + 50% yuran
- melebihi 84 bulan ke atas RM16,000 sahaja
Jumlah Pinjaman adalah tertakluk kepada 200 kali caruman yuran bulanan anggota dan caruman yuran tidak boleh di kurangkan sehingga pinjaman diselesaikan sepenuhnya. Syarat ini tidak berkaitan dengan pinjaman sendirian 90 % daripada yuran.
Pakej Pembiayaan Peribadi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB
Terdapat banyak pakej pembiayaan peribadi yang ditawarkan. Antaranya adalah seperti:-
- Pinjaman Persendirian
- Permohonan Pinjaman Berjamin
- Pinjaman Membeli Sebuah Motorsikal
Permohonan Untuk Pinjaman Peribadi
Anggota yang ingin membuat pinjaman hendaklah mengisi borang permohonan dan lain-lain dokumen yang disediakan oleh KPPUMB. Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan ke Pejabat Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB. Lembaga Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB setelah menerima permohonan bolehlah menerima atau menolak permohonan tersebut tertakluk kepada kedudukan kewangan KPPUMB.
PERMOHONAN UNTUK PINJAMAN BARU
Pinjaman dengan jaminan, Pinjaman Sendirian dari 90% yuran dan Pinjaman Kedua boleh memohon pinjaman yang baru sekiranya peminjam telah menyelesaikan baki 1/3 daripada jumlah tempuh bayaran balik pinjaman semasa atau 6 bulan potongan gaji telah dibuat dari Pinjaman Semasa.
Apakah tujuan tawaran penambahan syer Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya?
Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB telah menerima banyak permintaan untuk penambahan syer dari anggota-anggotanya. Ada diantara anggota Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB yang membuat permintaan untuk penambahan syer sehingga ratusan ribu ringgit. Permintaan dari anggota-anggota ini adalah disebabkan oleh pulangan yang tinggi diberikan oleh Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam bentuk dividen iaitu sebanyak 5-6 % bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Setelah mengambil kira permintaan dari anggota-anggota dan selepas mendapat pandangan dari SKM, Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB ingin menawarkan penambahan syer kepada semua anggotanya. Untuk berlaku adil kepada semua anggota Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya ingin menawarkan syer ini secara sama rata sehingga maksimum RM10,000.
Berapakah jumlah syer tambahan Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB yang layak saya pohon?
Anggota boleh merujuk kepada penyata tahunan atau Anggota perlu membuat semakan jumlah syer sedia ada dan jumlah syer yang layak dipohon dengan menghubungi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya di talian 03-79493269.
Apakah kelebihannya jika saya memohon syer tambahan ini?
Anggota yang memiliki syer tambahan ini akan menikmati dividen yang dibayar pada setiap tahun sehingga syer ini dipulangkan apabila anggota bersara atau berhenti daripada Koperasi KPPUMB.
Berapakah potongan gaji minimum yang boleh dibuat?
Anggota boleh memilih untuk membuat potongan gaji minimum sebanyak RM50 atau RM100. Sekiranya anggota ingin membuat potongan gaji dengan kadar yang melebihi dari jumlah RM50 dan
ke atas, permohonan tersebut boleh dimajukan kepada pihak Koperasi KPPUMB.
https://kppumb.com.my
Hashtag / Keywords
Contact Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB
- Tel: 03-79493269
- kppumb@kppumb.com.my / kppumb_ppum@yahoo.com.my
- Fax: 03-79494615
- Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB,
Lembah Pantai,
59100, Kuala Lumpur