CCRIS
Kenali CCRIS dan fahami bagaimana ia mempengaruhi kelulusan permohonan kewangan anda. Ketahui cara untuk meningkatkan skor kredit, elak permohonan ditolak, dan capai kelulusan lebih mudah. Ambil langkah bijak hari ini — semak CCRIS anda dan mohon dengan yakin!

Definisi

CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System Bank Negara Malaysia BNM adalah laporan bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa. Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.
Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan bagi anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS Bank Negara Malaysia BNM jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak.
Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan Central Credit Reference Information System akan menunjukkan indikator ‘0’ yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda ‘1’ bermaksud tertunggak satu bulan dan ‘2’ bermaksud tertunggak 2 bulan.
Laporan Central Credit Reference Information System CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas.
Pinjaman Ditolak?
Ada sesetengah pemohon yang telah menghantar banyak permohonan loan tidak kira untuk tujuan apa sekalipun seperti pinjaman perumahan, pembiayaan peribadi, sewa beli kenderaan (hired purchased-hp), permohonan kredit kad dan lain-lain transaksi. Semuanya berakhir dengan keputusan yang sangat mengecewakan. Iaitu GAGAL!
Kebiasaannya setiap permohonan yang dikendalikan oleh pihak bank akan dihantar untuk semakan laporan CCRIS Bank Negara Malaysia BNM. Dalam masa beberapa hari atau kurang dari 24 jam pemohon dapat mengetahui keputusan samada permohonan pinjaman peribadi anda itu lulus atau gagal. Semua institusi kewangan akan menggunakan laporan CCRIS ini sebagai indikator samada pemohon boleh membayar ansuran bulanan loan baru atau tidak. Jika terdapat ketidakstabilan dalam pembayaran ansuran bulanan secara tetap, maka agak sukar untuk pihak bank melepaskan atau meluluskan permohonan pembiayaan tuan/puan.
#pinjamanperibadi #CCRIS #BNM
Hubungi CCRIS
- Tel: +603 2174 1717
- bnmtelelink@bnm.gov.my
- Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Minda Jana Duit: Bina Pendapatan dengan Ilmu & Tindakan Bijak
Minda Jana Duit Pendapatan bermula dari minda yang bersedia. Minda Jana Duit membimbing anda untuk menjana kewangan melalui strategi pintar, ilmu praktikal dan tindakan yang…
-
Hutang: Cara Bijak Urus Kewangan dan Capai Hidup Bebas Tekanan
Hutang Hutang boleh menjadi beban jika tidak diurus dengan baik, tetapi dengan strategi yang betul, anda boleh ambil semula kawalan ke atas kewangan anda. Panduan…
-
Menabung: Tabiat Kecil yang Boleh Ubah Hidup Anda
Menabung Menabung bukan tentang jumlah besar—ia tentang konsistensi dan kesedaran. Dengan menyimpan sedikit demi sedikit, anda bukan sahaja bersedia untuk kecemasan, tetapi juga membina asas…
-
Kebankrapan Penjawat Awam – Punca dan Penyelesaian
Kebankrapan Penjawat Awam Penjawat awam juga berisiko menghadapi kebankrapan akibat tekanan kewangan seperti hutang kad kredit, bil perubatan, atau cukai tertunggak. Memfailkan kebankrapan boleh menjadi…
-
Muflis: Kenali Punca Sebenar dan Cara Bijak Menghadapinya
Muflis Muflis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja—terutama bila berdepan dengan kehilangan kerja, bil perubatan yang tinggi, atau tekanan kewangan lain. Ia bukan sekadar tentang hutang,…
-
Kebankrapan: Kesan Besar Kewangan, Emosi & Masa Depan Anda
Kebankrapan Kebankrapan bukan sekadar isu kewangan—ia boleh menggugat kestabilan hidup secara menyeluruh. Dari kehilangan akses kredit hingga tekanan emosi dan reputasi yang tercalar, kesannya amat…
-
Pendapatan Sampingan – Jana Aliran Wang Pasif & Kewangan Lebih Stabil
Pendapatan Sampingan Pendapatan sampingan bukan lagi satu impian — ia boleh jadi kenyataan dengan strategi yang betul. Dari memulakan blog, menyewa bilik ganti, hingga pelaburan…
-
Tambah Pendapatan – Cara Bijak Jana Wang di Malaysia
Tambah Pendapatan Ingin tingkatkan pendapatan anda? Ketahui pelbagai cara bijak untuk menjana wang tambahan — daripada kerja bebas dan kerja sampingan, hingga pelaburan aset dan…