Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA
Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA Summary
- Koperasi Name: Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad
- Abbreviation / Code Name: KOBETA
- Koperasi Promotion Name: General info about financing from Koperasi in Malaysia
About Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA
KOBETA yang telah didaftarkan penubuhannya pada 22 Julai 1993 terlebih dahulu dikenali sebagai KOPERASI BERSATU TENAGA MELAKA BERHAD yang diuruskan oleh kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan persatuan nelayan. Pada peringkat awalnya, Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA telah beroperasi di Melaka dan sehingga hari ini ibu pejabat KOBETA terletak di Melaka manakala pejabat urusan beroperasi di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.
Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA Koperasi Berdaya Maju
Pada 28 Jun 2003, Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA telah melakukan penyusunan semula pengurusannya dan melantik Anggota Lembaga Koperasi yang baru bagi meneruskan aktiviti koperasi dengan lebih berdaya maju. Sebagai langkah ke arah itu ia telah menukar namanya semula kepada KOPERASI BERSATU TENAGA MALAYSIA BERHAD (KOBETA) bagi membolehkannya beroperasi diseluruh negara dan penggunaan nama “KOBETA” mula digunakan pada logo secara menyeluruh.
Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA Maju Setapak Demi Setapak.
Pada tahun 2004 Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA telah mendapat kod Potongan Biro ANGKASA bagi membolehkannya beroperasi dengan aktiviti utama iaitu kemudahan kredit. Dengan sokongan serta nasihat daripada YDP Koperasi UKHWAH, Datuk Hj Rahim Baba, Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA telah memulakan aktiviti kredit dengan pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang pertama pada awal 2004.
Penyusunan semula dan pindaan undang-undang kecil Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA turut mendapat sokongan daripada Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi yang ketika itu dipimpin oleh YB Tan Sri Kasitah Gaddam.
Unihome The Loft@Zetapark
Pada tahun 2012, Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA telah melangkah setapak lagi dalam bidang hartanah dengan pembelian satu blok 26 unit apartmen servis The Loft @ Zetapark yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Hartanah ini terletak di lokasi 8 KM dari Pusat bandar Kuala Lumpur cukup strategik di tengah bandar Setapak dan berhampiran dengan Pusat Perniagaan Platinum Walk, Hospital Columbia Asia Medical Centre dan beberapa universiti tempatan.
The Loft @ Zetapak adalah sebuah kediaman jenis apartmen servis yang dibina di atas pusat membeli-belah ‘Setapak City’ dimana terdapat 3 syarikat ternama seperti Parkson, Econsave dan MBO Cinema. Unit kediaman yang ditawarkan adalah unit apartmen 3 + 1 bilik tidur dan 3 bilik air yang berkeluasan 1,401 kaki persegi termasuk sebuah ruang tamu dan dapur yang dilengkapi dengan kabinet dapur, penghawa dingin dan mandian air panas.
The Loft @ Zetapark ini dilengkapi dengan kemudahan kolam renanang, 1 KM trek jogging, bilik sauna/jakuzi, gimnasium dan dewan serbaguna bagi kemudahan penghuni mengadakan majlis keramaian. Selain dari itu, gelanggang futsal dan badminton juga ada disediakan bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan berkumpulan. Bangunan The Loft @ Zetapark ini mempunyai tahap keselamatan yang ketat dimana ianya dikawal oleh kamera litar tertutup atau CCTV dan diselia oleh pengawal di bilik kawalan CCTV yang beroperasi 24 jam disamping rondaan pengawal keselamatan.
Unit-unit kediaman ini juga di lengkapi dengan sistem interkom yang disambungkan terus ke bilik kawalan bagi kemudahan penghuni berhubung terus dengan bilik kawalan keselamatan.
Maxim Citylight
Maxim Citylight adalah Servis Apartment yang terletak di daerah Sentul, Kuala Lumpur. Hartanah ini didirikan di atas tanah seluas 90.59 ekar di mana ianya cukup strategik bersebelahan dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur, hanya 2KM daripada stesen LRT Sentul. Maxim Citylight boleh diakses melalui DUKE (Duta Ulu Kelang Expressway), Sentul Link, Middle Ring 2 (MRR2) dan hanya mengambil masa 15 minit ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Unit kediaman yang ditawarkan adalah unit apartment 3 + 1 bilik tidur dan bilik air yang berkeluasan bermula daripada 943kps hingga 1095 kps, setiap blok mempunyai 3 Lif. Maxim Citylight dilengkapi dengan kemudahan kolam renang, taman permainan kanak-kanak, landskap yang luas, gimnasium, kedai dobi, pasar mini, dewan serbaguna, kawasan mencuci kereta, surau dan satelit MATV.
Bangunan Maxim Citylight mempunyai tahap keselamatan yang ketat di mana ianya di kawal oleh kamera litar tertutup atau CCTV dan diselia oleh pengawal di bilik kawalan CCTV yang beroperasi 24 jam disamping rondaan pengawal keselamatan. Unit-unit kediaman ini juga dilengkapi dengan system intercom yang disambungkan terus ke bilik kawalan bagi kemudahan penghuni berhubung terus dengan bilik kawalan.
Villa Wedding
Lake View Villa @ Titiwangsa dahulunya dikenali sebagai Villa Ukhwah. Sebuah villa berkeluasan 17,940.83 kaki persegi yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi yang strategik bersebelahan Taman Tasik Titiwangsa dan kurang dari 1KM dari stesen LRT dan Monorel Titiwangsa. Villa Wedding menawarkan ruang acara yang pelbagai bergantung kepada penganjuran majlis. Majlis latihan korporat dan seminar yang melibatkan jumlah yang kecil sehingga besar, acara tahunan keluarga, pelancaran produk, berbuka puasa, rumah terbuka hari raya dan perkahwinan.
Seminar Korporat menawarkan harga yang berpatutan untuk penganjur lengkap bersama kit seminar dan refreshment. Majlis perkahwinan merupakan majlis dimana para tetamu boleh berkumpul dan menikmati suasana acara tradisi perkahwinan. Pakej perkahwinan kami termasuk bermalam selama 3 malam sepanjang majlis berlangsung. Ianya memudahkan bagi pihak keluarga dan saudara mara kerana tidak perlu memikirkan untuk mencari tempat penginapan yang lain.
Ahli keluarga juga boleh meluangkan masa bersama sebelum dan selepas majlis berlangsung dengan selesa kerana penginapan kami turut dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya disamping kolam renang untuk ahli keluarga beriadah bersama. Pakej perkahwinan adalah tawaran utama kami kepada anda. Pakej lengkap perkahwinan bermula dengan harga RM59.90/pax ini termasuk menyediakan hidangan sarapan pagi, makan malam atau makan tengahari dan makan semasa majlis kenduri perkahwinan.
Pakej ini juga menyediakan perkhidmatan pelamin eksklusif, katering, dan fotografi serta khidmat anggota RELA pada hari majlis berlangsung.
https://kobeta.com.my, https://koperasi.info
Contact Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA
- IBU PEJABAT
NO. 12-1 JALAN BB19
TAMAN BACHANG BARU
JALAN TUN FATIMAH
75350 MELAKA. - Tel: 06-3346998
- Fax: 06-3346899
- info@kobeta.com.my
- PEJABAT URUSAN
KOBETA BUSINESS SUITE
NO.27, TINGKAT 1 & 3 JALAN MEDAN TUANKU
50300 KUALA LUMPUR. - Tel: 03-26929511
- info@kobeta.com.my
- Fax: 03-26985111
- PEJABAT CAWANGAN SABAH
MOHD FAQUZREE BIN SALIM
LOT 5, 2ND FLOOR
TAMAN JUMBO COMMERCIAL CENTRE PETAGAS
88200, KOTA KINABALU SABAH. - Tel: 088-761611
- faquzree@kobeta.com.my
- PEJABAT CAWANGAN SARAWAK
TINGKAT BAWAH, LOT 435
JALAN RUBBER 3A
93400 KUCHING SARAWAK. - Tel: 082-418676
- info@kobeta.com.my