Tag: kppumb

  • Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (KPPUMB)

    Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (KPPUMB)

    Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (KPPUMB)

    Dapatkan borang pinjaman peribadi Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (KPPUMB) disini untuk pinjaman baru ataupun pembiayaan kedua. Pinjaman persendirian, tanpa penjamin dan pembiayaan membeli motorsikal disediakan. Koperasi ini ditubuhkan pada 21 Julai 1971 dengan nombor pendaftaran 4654.

    Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB

    Syer

    Penambahan Syer

    Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya telah menerima banyak permintaan untuk penambahan syer dari anggota-anggotanya. Ada diantara anggota KPPUMB yang membuat permintaan untuk penambahan syer sehingga ratusan ribu ringgit. Permintaan dari anggota-anggota ini adalah disebabkan oleh pulangan yang tinggi diberikan dalam bentuk dividen iaitu sebanyak 5-6 % bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

    Setelah mengambil kira permintaan dari anggota-anggota dan selepas mendapat pandangan dari SKM, KPPUMB ingin menawarkan penambahan syer kepada semua anggotanya. Untuk berlaku adil kepada semua anggota ingin menawarkan syer ini secara sama rata sehingga maksimum RM10,000.

    Jumlah Syer Tambahan

    Anggota boleh merujuk kepada penyata tahunan atau Anggota perlu membuat semakan jumlah syer sedia ada dan jumlah syer yang layak dipohon dengan menghubungi di talian 03-79493269.

    Kelebihan Syer Tambahan

    Anggota yang memiliki syer tambahan ini akan menikmati dividen yang dibayar pada setiap tahun sehingga syer ini dipulangkan apabila anggota bersara atau berhenti daripada KPPUMB.

    Potongan Gaji Minimum

    Anggota boleh memilih untuk membuat potongan gaji minimum sebanyak RM50 atau RM100. Sekiranya anggota ingin membuat potongan gaji dengan kadar yang melebihi dari jumlah RM50 dan ke atas, permohonan tersebut boleh dimajukan kepada pihak KPPUMB.

    Pinjaman Peribadi Popular

    Pinjaman 90%

    JENIS-JENIS PINJAMAN

    1. Pinjaman Persendirian adalah terhad sehingga 90% dari jumlah yuran anggota yang terkumpul pada tarikh permohonan dibuat.
    2. Pinjaman Dengan Jaminan adalah berdasarkan kepada lima belas (15) bulan gaji peminjam dicampur dengan jumlah yuran terkumpul pada tarikh permohonan pinjaman dibuat atau RM16,000.00 yang mana kurang dan mengikut kelayakan.
    3. Pinjaman Kedua dengan jaminan adalah berdasarkan kepada lima belas (15) bulan gaji peminjam dicampur dengan jumlah yuran yang terkumpul pada tarikh permohonan dibuat atau RM11,000.00 yang mana kurang dan mengikut kelayakan.

     

    Had kelayakan

    ANGGOTA YANG LAYAK

    Anggota-anggota Koperasi KPPUMB yang telah menganggotai Koperasi ini tidak kurang dari enam(6) bulan adalah layak untuk memohon pinjaman.

    HAD KELAYAKAN

    Had pinjaman yang boleh dipertimbangkan oleh Lembaga KPPUMB adalah mengikut lamanya tempuh keanggotaan mereka seperti berikut :-

    Tempoh Keanggotaan Had Pinjaman

    • 6 bulan hingga 12 bulan RM2,000 + 50% yuran
    • melebihi 12 bulan hingga 24 bulan RM4,000 + 50% yuran
    • melebihi 24 bulan hingga 36 bulan RM6,000 + 50% yuran
    • melebihi 36 bulan hingga 48 bulan RM8,000 + 50% yuran
    • melebihi 48 bulan hingga 84 bulan RM10,000 + 50% yuran
    • melebihi 84 bulan ke atas RM16,000 sahaja

    Jumlah Pinjaman adalah tertakluk kepada 200 kali caruman yuran bulanan anggota dan caruman yuran tidak boleh di kurangkan sehingga pinjaman diselesaikan sepenuhnya. Syarat ini tidak berkaitan dengan pinjaman sendirian 90 % daripada yuran.

    Pakej Pembiayaan

    Terdapat banyak pakej pembiayaan peribadi yang ditawarkan. Antaranya adalah seperti:-

    • Pinjaman Persendirian
    • Permohonan Pinjaman Berjamin
    • Pinjaman Membeli Sebuah Motorsikal

    Permohonan Untuk Pinjaman Peribadi

    Anggota yang ingin membuat pinjaman hendaklah mengisi borang permohonan dan lain-lain dokumen yang disediakan oleh KPPUMB. Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan ke Pejabat Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB. Lembaga Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB setelah menerima permohonan bolehlah menerima atau menolak permohonan tersebut tertakluk kepada kedudukan kewangan KPPUMB.

    PERMOHONAN UNTUK PINJAMAN BARU

    Pinjaman dengan jaminan, Pinjaman Sendirian dari 90% yuran dan Pinjaman Kedua boleh memohon pinjaman yang baru sekiranya peminjam telah menyelesaikan baki 1/3 daripada jumlah tempuh bayaran balik pinjaman semasa atau 6 bulan potongan gaji telah dibuat dari Pinjaman Semasa.

    Hashtag / Keywords

     #koperasi #pinjamanperibadi #KPPUMB 

    Hubungi KPPUMB

    • Tel: 03-79493269
    • kppumb@kppumb.com.my / kppumb_ppum@yahoo.com.my
    • Fax: 03-79494615
    • Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaya KPPUMB,
      Lembah Pantai,
      59100, Kuala Lumpur

    Topik Terhangat & Trending

    Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!