Tag: KoUniMAP

  • Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP

    Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP

    Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP

    Dapatkan maklumat Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP seperti perkhidmatan dan pinjaman peribadi terbaik untuk anggota dan penjawat awam. Mohon sekarang dengan rebat tertinggi!


    Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP


    Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP Summary

    • Koperasi Name: Koperasi UniMAP Perlis Berhad
    • Abbreviation / Code Name: KOUNIMAP
    • Bank Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi UniMAP Perlis Berhad
    • Apakah jenis perniagaan yang ditawarkan oleh Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP?

      Mengikut laman web rasmi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP, koperasi ini menjalankan beberapa jenis perniagaan seperti membekalkan alat tulis dan stationary serta unit kewangan yang menguruskan hal-ehwal kewangan dan pinjaman peribadi.


    About Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP

    Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP telah didaftarkan pada 16 Januari 2004 di bawah Akta Koperasi Malaysia 1993.

    Tujuan penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP adalah untuk memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang dapat memberikan manfaat khususnya kepada semua anggota atau kakitangan UniMAP.

    Sejarah Penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP

    Sejarah awal penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP ini telah bermula melalui cetusan idea warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kini Koperasi UniMAP Perlis Berhad lebih dikenali ramai dengan nama singkatannya KoUNIMAP seperti di atas.

    Pada mulanya, Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP didaftarkan sebagai koperasi kredit. Sejajar dengan tujuan tersebut, kami telah melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi dengan menerokai pelbagai peluang-peluang perniagaan lain.

    Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menjana hasil ekonomi kepada ahlinya melalui kerjasama strategik bersama UniMAP dan juga beberapa syarikat yang lain. Sehingga kini, ahli koperasi telah mencecah sehingga 500 orang ahli.

    Justeru, Koperasi UniMAP Perlis Berhad telah ditadbir oleh sebuah lembaga koperasi yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 6 orang ahli lembaga koperasi dan juga kakitangan koperasi.


    Unit Koperasi

    Terdapat tiga unit yang berada di bawah pengurusan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP iaitu KOUNIMAP TADBIR yang menyelia aktiviti koperasi secara menyeluruh, KOUNIMAP KEWANGAN yang menguruskan perkhidmatan kredit serta kewangan kepada anggota dan KOUNIMAP BISNES yang menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan sampingan selain dari aktiviti kredit.

    MISI

    • Memperkasakan permuafakatan untuk memastikan imej koperasi terjamin
    • Melaksanakan pengurusan berkualiti, berkesan, beramanah dan bertanggungjawab
    • Menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri Negara
    • Koperasi yang berdaya saing dan berintegriti

    VISI

    Visi yang utama adalah menjadi sebuah koperasi peneraju yang berjaya dan mengutamakan kebajikan anggotanya berlandaskan kepada prinsip-prinsip Koperasi Malaysia.

    OBJEKTIF

    • Membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi serta kebajikan anggota
    • Memberikan perkhidmatan kepada anggota, pelanggan dan komuniti
    • Mengagihkan keuntungan secara saksama kepada anggota
    • Menggalakkan anggota menabung serta berjimat cermat
    • Bertindak secara proaktif dalam meninjau peluang perniagaan yang berdaya saing
    • Berusaha menjadi sebuah koperasi yang dinamik dan stabil
    • Mengamalkan budaya muafakat yang jitu
    • Memantapkan jalinan kerjasama dengan pihak UniMAP dan agensi luar

    Perkhidmatan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP Tadbir

    Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP Tadbir

    No 30,Tingkat 1 & 2,
    Persiaran Putra, Taman Putra Utama,
    01000 Kangar Perlis

    No tel : 019-4800936

    Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP Tadbir telah ditubuhkan pada bulan Julai 2012 dalam usaha untuk melicinkan hal ehwal pentadbiran Koperasi.

    Hal ini bagi memudahkan urusan hal ehwal pentadbiran di Koperasi UniMAP Perlis Berhad dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

    Justeru, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat caruman bolehlah berurusan dengan pihak KoUNIMAP  Tadbir. Pihak KoUNIMAP Tadbir akan menguruskan segala maklumat berkaitan dengan:

    • Pengurusan syer dan juga caruman ahli-ahli koperasi.
    • Pendaftaran keahlian baru serta penamatan keahlian.

    Berikut adalah merupakan maklumat secara terperinci berkenaan dengan syarat keahlian untuk menjadi anggota koperasi:

    (SYARAT KEAHLIAN)

    PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA

    Pemohon yang ingin menjadi anggota koperasi hendaklah mengisi borang rasmi koperasi dan diserahkan kepada Kounimap Tadbir.

    Borang ini perlu ditandatangani oleh pemohon dan dikepilkan bersama 1 salinan kad pengenalan.

    KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA

    Keanggotaan koperasi adalah terbuka kepada:

    • Semua kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tetap/kontrak
    • Bekas kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
    SYARAT KEANGGOTAAN BARU

    Setiap anggota baru perlu menjelaskan bayaran Fi masuk sebanyak RM50 dan syer anggota minimum RM100 sewaktu pendaftaran

    • Fi Masuk adalah caj yang dikenakan kepada ahli bagi memproses pendaftaran dan tidak akan dikembalikan.
    • Berpandukan undang-undang kecil Koperasi UniMAP Perlis Berhad:
      ANGGOTA BARU
    • UUK 13 (1) – Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM50.00. Fi masuk itu akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
    • BEKAS ANGGOTA
    • UUK 13 (2) – Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM 70.00.
    • Syer adalah bahagian dalam modal syer koperasi yang disumbangkan oleh seseorang anggota di dalam koperasi. Syer minimum ditetapkan oleh Koperasi UniMAP Perlis Berhad adalah sebanyak RM100.00. Syer ini akan dipulangkan apabila anggota menamatkan keanggotaannya.
    • Berpandukan undang-undang kecil Koperasi UniMAP Perlis Berhad:
    • UUK 16 – Menurut Seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM100.00, syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana terkandung dalam undang-undang kecil.
    • Caruman bermaksud sejumlah wang yang dicarumkan kepada Koperasi UniMAP Perlis Berhad berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja. Justeru, untuk menjadi ahli aktif, seseorang itu hendaklah mempunyai share sekurang-kurangnya RM100. Sebagai syarat untuk menjadi ahli aktif, maka yuran bulanan yang dikenakan adalah sebanyak RM30.
    YURAN

    Yuran ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang telah ditetapkan dalam undang-undang kecil apabila tamat keanggotaannya.

    Setiap anggota wajib mencarum dengan koperasi sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan selagi mana masih menjadi ahli koperasi. Yuran bulanan ini tidak boleh dikeluarkan selagi mana anggota masih terikat dengan peraturan koperasi.

    Yuran ini akan dikembalikan setelah anggota tamat keanggotaannya.

    Walaubagaimanapun, yuran ini boleh dikeluarkan sebagai ‘’pinjaman kecemasan’’ (rujuk bahagian kecemasan) dengan kadar faedah yang lebih rendah.

    Berpandukan undang-undang kecil koperasi UniMAP Perlis Berhad

    UUK 55 – Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukkan hendaklah sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan.

    Tiap-tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih mengikut aturan jimat cermat dan pinjam meminjam yang dibuat oleh Lembaga dengan kelulusan Mesyuarat Agung.

    DIVIDEN

    Dividen adalah bahagian keuntungan koperasi ini yang dibahagikan dii kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer yuran yang dipegang oleh mereka.

    TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

    Memberi bantuan kewangan kepada waris dan anggota kerana kematian anggota, ibu dan bapa atau suami/isteri dan anak bagi perbelanjaan mengurus jenazah.

    WANG KEBAJIKAN AM

    Memberi bantuan kepada anggota-anggotanya di waktu kesusahan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

    Kebakaran rumah

    Banjir

    Tanah runtuh

    Kemalangan


    https://kounimap.com

    Hashtag / Keywords

     #koperasi #KoperasiServices #KoUniMAP 

    Contact Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP


    • Tel: 019-480 0936

    • Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya,
      Jalan Kangar – Alor Setar,
      01502 Kangar, Perlis
  • Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP

    Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP

    Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP

    Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad dengan tawaran hebat dan tempoh terhad! Singkatannya KoUniMAP adalah sebuah koperasi yang menguruskan pinjaman peribadi kepada anggota yang berminat.


    Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP


    Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP Summary

    • Koperasi Name: Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad
    • Abbreviation / Code Name: KoUniMAP
    • Koperasi Promotion Name: Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad
    • Personal Loan Promotion Period: ~ call for confirmation ~
    • Apakah jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP?

      Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP yang ada sekarang ini adalah seperti:-

      1. Pinjaman peribadi sehingga 30k
      2. Pembiayaan kecemasan
      3. Perkhidmatan kredit dan barangan pengguna.

      Tertakluk kepada terma dan syarat bagi yang berminat


    Mengenai Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP Kewangan

    Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP Kewangan telah ditubuhkan pada Julai 2012 dan kini telah beroperasi di Pauh. Bahagian ini diwujudkan bertujuan untuk mengembangkan lagi hal ehwal pembiayaan bagi kemudahan warga UniMAP.

    Bagi menjamin keperluan dan kemudahan warga UniMAP, Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP Kewangan dengan senang hati menyediakan pelbagai faedah yang boleh dinikmati oleh semua warga UniMAP.

    Koperasi UniMAP Perlis Berhad Kounimap Kewangan
    No 30, Tingkat 1 & 2,
    Persiaran Putra,
    Taman Putra Utama,
    01000 Kangar Perlis

    No. Tel : 019-4882700


    Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad Kounimap Kewangan

    Anda tidak perlu bimbang lagi kerana Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAPKewangan telah menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi khususnya kepada semua ahli koperasi untuk membuat pembiayaan.

    Justeru, Pinjaman Peribadi Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua kakitangan UniMAP bagi membiayai keperluan peribadi seperti membuat bayaran pendahuluan kereta, rumah, pembayaran kos pengubahsuaian rumah dan sebagainya.

    Berikut merupakan Terma & Syarat kepada sesiapa yang berminat untuk memohon :

    1. Terbuka kepada semua ahli Kounimap – Koperasi UniMAP Perlis Berhad sahaja (termasuk kakitangan tetap/kontrak/alumni UniMAP & Kounimap).
    2. Amaun pembiayaan adalah dari RM 1,000.00 sehingga RM 30,000.00.
    3. Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun dengan kadar hibah serendah 4.10% setahun sepanjang tempoh pembiayaan.
    4. Sekuriti atas pembiayaan serendah 1.0% dikenakan sebagai jaminan pembiayaan.
    5. Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji majikan.
    6. Tiada caj perkhidmatan atau caj-caj tersembunyi dikenakan.

    Pembiayaan Kecemasan

    Pihak Kewangan telah menawarkan perkhidmatan Pembiayaan bagi membiayai keperluan hal-hal kecemasan kepada ahli Koperasi UniMAP Perlis Berhad dengan caruman bulanan aktif.

    Sekiranya anda mempunyai tabung caruman, pihak kami akan membantu anda untuk membiayai hal-hal kecemasan seperti yang anda inginkan.

    Berikut adalah merupakan Terma & Syarat yang telah ditetapkan:

    1. Terbuka kepada semua ahli Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUniMAP sahaja (kakitangan tetap/kontrak/alumni).
    2. Amaun pembiayaan adalah dari RM 300.00 sehingga 60% dari jumlah tabung caruman individu.
    3. Hibah adalah serendah 2.0% setahun sepanjang tempoh pembiayaan.
    4. Tiada caj perkhidmatan (0%)/ caj-caj tersembunyi.
    5. Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji majikan.

    Perkhidmatan Kredit dan Barangan Pengguna

    Memandangkan keperluan asas menjadi faktor terpenting dalam kehidupan seharian. Maka, pihak Koperasi UniMAP Perlis Berhad Kounimap Kewangan telah menawarkan perkhidmatan kredit dan barangan pengguna kepada semua kakitangan UniMAP untuk memenuhi keperluan asas tersebut. Perkhidmatan kredit dan barangan pengguna ini adalah meliputi pembelian perabot, barangan elektrik & elektronik, servis dan baik pulih kenderaan, pengubahsuaian kediaman dan sebagainya.

    Dengan adanya kemudahan yang disediakan, diharap ianya akan dapat memudahkan urusan seharian anda.

    Terma dan Syarat

    Berikut adalah Terma & Syarat bagi sesiapa yang berminat:

    1. Terbuka kepada semua ahli Kounimap Koperasi UniMAP Perlis Berhad sahaja samada tetap atau kontrak
    2. Amaun pembiayaan adalah dari RM 300.00 sehingga RM 3000.00
    3. Tiada hibah dikenakan atas pembiayaan
    4. Sekuriti atas pembiayaan serendah 1.0% dikenakan sebagai jaminan pembiayaan
    5. Hanya yuran pengurusan RM30 dan caj perkhidmatan (pengurusan kredit) serendah 0.5% sebulan sepanjang tempoh perkhidmatan
    6. Tiada caj-caj tersembunyi dikenakan
    7. Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji majikan

    Manakala, Prosedur Pembiayaan adalah seperti berikut:

    1. Pemohon diminta mengisi borang (KU-K001) bagi membuat permohonan Perkhidmatan
    2. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Urusan Kounimap Kewangan.
    3. Proses penapisan akan dilakukan berdasarkan kelayakan untuk mendapat pembiayaan.
    4. Ahli Lembaga Kounimap Kewangan Koperasi UniMAP Perlis Berhad yang bertanggungjawab akan meluluskan/tidak meluluskan permohonan yang dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.
    5. Surat Tawaran Perkhidmatan Kredit (KU-K002) akan dikeluarkan.
    6. Perjanjian Akad (KU-A004), Surat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Kredit (KU-K003) dan Kebenaran Potong Gaji (KU-G020/ KU-G022) akan ditandatangani oleh pemohon dan wakil Koperasi UniMAP Perlis Berhad Kounimap (KU-A004).
    7. Wang Tunai berdasarkan jumlah yang diluluskan akan dikeluarkan terus kepada pemohon di Pejabat Urusan.
    8. Resit haruslah diberi kepada pihak kami sebagai bukti pembelian terus ke kaunter atau ke emel.
    9. Kegagalan memberi salinan resit akan menganggu kelicinan permohonan pemohon yang berikutnya (sekiranya ada).
    10. Pemotongan gaji akan bermula sebulan selepas pembiayaan dikeluarkan. Jika tiada pemotongan gaji dibuat oleh Jabatan Bendahari di slip gaji, pemohon diminta menjelaskan bayaran di kaunter.

    Pembiayaan Umrah dan Ziarah

    Bermula dari Januari 2013, anda boleh melaksanakan Umrah dan merealisasikan impian perjalanan untuk menikmati keindahan serta keamanan di Baitullah Al-Haram.

    Kami semakin hampir kepada pelanggan kami dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman ini untuk mencipta hubungan yang kukuh sesama ahli.

    Kami benar-benar mahu memastikan keinginan dan impian anda menjadi kenyataan dengan melancarkan Pembiayaan Umrah dan Ziarah.

    Justeru, kepada sesiapa yang berminat, berikut adalah merupakan Terma & Syarat:

    1. Terbuka kepada semua ahli kakitangan UniMAP samada tetap atau kontrak
    2. Jumlah pembiayaan ialah sebanyak RM 3,000 hingga RM 10,000
    3. Tempoh pembiayaan ialah sehingga 5 tahun
    4. Hibah serendah 4.10% setahun
    5. Bayaran ansuran bulanan adalah seperti dalam jadual yang dilampirkan (lampiran I)
    6. Jaminan sekuriti adalah serendah 1.0%
    7. Tiada caj pengurusan dan tiada caj tersembunyi dikenakan

    Sementara ini adalah Prosedur Pembiayaan:

    • Pemohon diminta mengisi borang (KU-U001) bagi membuat permohonan Pembiayaan
    • Umrah dan Ziarah.
    • Borang permohonan ini boleh didapati di Pejabat Urusan Kounimap Perlis Berhad.
    • Proses penapisan akan dilakukan berdasarkan kelayakan untuk mendapat pembiayaan.
    • Ahli Lembaga yang bertanggungjawab akan meluluskan/tidak meluluskan permohonan yang dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kounimap Perlis Berhad.
    • Surat Tawaran Pembiayaan Umrah Ziarah (KU-U002) akan dikeluarkan.
    • Perjanjian Akad (KU-A003), Surat Penerimaan Tawaran Pembiayaan Umrah dan Ziarah (KU-U003) dan kebenaran Potongan Gaji (KU-G010) akan ditandatangani oleh pemohon dan wakil Kounimap Koperasi UniMAP Perlis Berhad (KU-A003).
    • Cek akan dikeluarkan setelah siap diluluskan dan ditandatangani oleh dua daripada tiga Ahli Lembaga Koperasi Tertinggi.
    • Cek akan diberi terus kepada pemohon/cek akan dideposit ke akaun pemohon atas permintaan.
    • Pemotongan gaji akan bermula sebulan selepas pembiayaan dikeluarkan.

    Jika tiada pemotongan gaji dibuat oleh Jabatan Bendahari di slip gaji, pemohon diminta menjelaskan bayaran di kaunter Kewangan.

    https://kounimap.com

    Hashtag / Keywords

     #koperasi #pinjamanperibadi #KoUniMAP 

    Contact Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP


    • Tel: 019-480 0936

    • Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya,
      Jalan Kangar – Alor Setar,
      01502 Kangar, Perlis
error: Content is protected !!