Koperasi Kopusamaju
Dapatkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah tetap dan proses pantas melalui kerjasama eksklusif bersama Alliance Bank. Sesuai untuk kakitangan kerajaan dan swasta yang inginkan kelulusan mudah dan pembayaran fleksibel. Koperasi Kopusamaju adalah pilihan terbaik anda untuk pembiayaan yang dipercayai. Klik untuk mohon sekarang dan mulakan perjalanan kewangan anda!
Pengenalan
Sejarah Penubuhan
Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad – Koperasi Pusamaju ini telah ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan yang dikuatkuasa mulai 16 September 1993. Koperasi ini telah pun didaftarkan dengan mengikut kehendak Seksyen 7(1) sebagai satu koperasi asas dengan liabiliti terhad dan Undang-undang Kecil Koperasi yang diluluskan oleh mesyuarat agung permulaan dan telah didaftarkan bertarikh 4 Julai 2002
Merujuk undang-undang kecil seksyen 5 dan memenuhi kehendak asas koperasi 1993 perenggan 26(c) kawasan operasi ini ialah daerah Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudi, Kudat, Keningau, Tenom, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Daerah Kecil Putatan, Tamparuli, Membakut dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.
Walaubagaimanapun, pada 29 september 2008, kawasan operasi Koperasi Pusamaju sudah meliputi seluruh Malaysia. Kelulusan rujukan MECD: PK(KOP)SOK/1(70).
Produk dan Perkhidmatan
Berikut adalah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad KOPUSAMAJU:
- Program TUKAR & ATOM
- Kedai Alat Ganti Kenderaan
- Pemasaran Perumahan & Bangunan Komersil
- Pengurusan & Penyelenggaraan Bangunan
- Dewan Serbaguna (Mesyuarat, Latihan & Seminar)
- Pelaburan Hartanah / Saham: Koperasi juga melabur dalam Bursa Saham, mempunyai 110,000-unit saham Bumi Armada Bhd.
- Pengedaran Barang-Barang Kawalan: Tepung, Gula, Minyak
Sejarah Menjadi Agen
Anda dapati banyak fylers mengenai KOPUSAMAJU ~ Alliance Bank berlegar-legal di lobi masuk pintu utama bangunan kerajaan dan ada juga yang diletakkan di bakul atau raga motosikal, di depan cermin kereta ataupun di tempat handle pintu pemandu. Ramai sekali agen atau wakil jualan koperasi yang begitu giat mempromosikan pembiayaan peribadi dari Alliance Bank~ Kopusamaju ini. Hampir disetiap pelusuk negara flyer ini ditaburkan. Terdapat juga agen atau wakil jualan koperasi yang betul-betul berani dengan mengedar flyers pinjaman di hadapan masjid-masjid sesudah solat Jumaat. Ini dapat dilihat contohnya di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur dan di Masjid Putrajaya.
Dengan berbekalkan interest yang sangat menarik iaitu hanya 3.99% FLAT RATE selama 20 tahun, mana tidaknya begitu banyak permohonan diterima sampai bahagian memproses borang tidak cukup tangan untuk mengendalikan proses semakan dan kelulusan. Kadang-kala proses permohonan yang sepatutnya sekitar 2 minggu telah menjadi 4-6 minggu disebabkan kesesakan borang permohonan di bahagian semakan.
Boleh dikatakan gabungan antara koperasi dan bank ini menampakkan kejayaan yang luar biasa sama seperti kejayaan sebelum ini yang pernah dikecapi oleh Koperasi KPUNB dengan usahasama Al-Rajhi Bank. Tidak ketinggalan juga pusat kewangan seperti Coshare dan Ikhtiar Destinasi (dikenali dengan idsb /i-destinasi) bekerjasama dengan Kuwait Finance House Bank.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa KOPUSAMAJU telah lama beroperasi sejak dari tahun 2002. Ibupejabat di Sabah dan mempunyai pejabat di Kuala Lumpur dan juga pejabat di Kuching, Sarawak. Sangat popular suatu masa dahulu kerana flyers sangat banyak di kenderaan penjawat awam dan di letter box kuarters kerajaan. Anda juga dapat melihat hampir saban hari flyer diletakkan di kenderaan parkir di Klinik Tanglin Kuala Lumpur.
Seperkara lagi yang menarik perhatian ramai warga kerajaan untuk memohon adalah pamplet Pusamaju yang berwarna. Kebiasaannya flyer yang berunsurkan pinjaman peribadi tidak berwarna iaitu hitam putih. Tetapi fylers bagi koperasi ini menggunakan kertas tebal dan cetakan berwarna menunjukkan perniagaan agen koperasi sedang berkembang pesat. Terbuka kepada kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan polis sahaja.
Pinjaman Peribadi Popular
Pusamaju 3.40%-4.99%
Kriteria bagi pembiayaan kewangan ini adalah seperti berikut:-
- Kadar keuntungan 3.4% dan 4.8%.
- Tempoh pinjaman selama 20 tahun.
- Payout yang tinggi 94% tolak advance 3 bulan.
- Proses dalam 3-4 minggu. Ccris/ Ctos layak memohon.
- Bayaran ansuran bulanan melalui Biro Angkasa (potongan gaji).
Untuk pengetahuan, promosi KOPUSAMAJU ini ditutup buat sementara waktu. Sila layari laman web ini dari semasa ke semasa untuk promosi terkini dan terbaru dari kami. Koperasi ini dibuka semula pada tahun 2019 dan ditutup setelah fund sudah habis. Sila ke laman web utama untuk memohon pinjaman peribadi yang lain dengan tawaran promosi pembiayaan dan menarik. Pembiayaan ini adalah Islamic dan patuh syariah.
Hubungi Kami

KOPUSAMAJU KOPERASI KOPUSAMAJU
Lot 2-02, Block J, Platinium Plaza
Jln Putatan, Bandar Putatan
88869 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-734 358

*Source: Maklumat Agen official website
Topik Terhangat & Trending
Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.
-
Terbaru! Koperasi Tentera KT (KATMB): Pinjaman Ekspres
Koperasi Tentera KT (KATMB) Pinjaman peribadi Koperasi Tentera KT (KATMB) ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan interest rendah dan tempoh pinjaman panjang.…
-
Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB): Lubuk Pembiayaan Hebat
Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB) Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai KGMMB telah ditubuhkan pada tahun 1974…
-
Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI): Kuasakan Pinjaman Peribadi Anda
Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) terus melangkah ke hadapan dengan tawaran pembiayaan Islamik dan pinjaman peribadi yang fleksibel…
-
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional (KOBANAS): Dapatkan Sekarang!
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) adalah koperasi terbaik yang menawarkan banyak perkhidmatan pembiayaan kepada anggotanya. Dapatkan…
-
Koperasi Jabatan Penjara Malaysia (KOPEN): Pelbagai Pembiayaan Terbaik
Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN) Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN) menawarkan pelbagai pembiayaan kepada anggota koperasi seperti pinjaman peribadi bai al-inah, pembiayaan pengguna…
-
Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS): Pembiayaan Terbaik
Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi koperasi terbaik dan lain-lain produk. Sila dapatkan cara memohon disini. Pengenalan…
-
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI)
Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (KOTANI) Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad KOTANI menjalankan promosi pinjaman peribadi dan perkhidmatan koperasi lain. Dapatkan ianya sekarang!…
