Tag: KMMB

  • Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB): Pembiayaan Peribadi dan Umrah

    Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB): Pembiayaan Peribadi dan Umrah

    Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB)

    Terdapat banyak pembiayaan peribadi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB yang boleh anda dapatkan seperti pembiayaan tanah, pembiayaan kenderaan, pembiayaan tunai, umrah, perkahwinan dan lain-lain. Dapatkan info disini.

    Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB)
    Jom sertai Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB kerana banyak kelebihan yang anda perolehi. Maklumat lanjut disini.

    Introduction

    Hasratnya adalah untuk menjadi institusi kewangan yang unggul melalui gerakan Koperasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya.

    Atas kesedaran betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan yang ada, maka pada 22 November 1980, atas daya usaha Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), maka tertubuhlah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB.

    Islam sentiasa menganjurkan umatnya supaya mengamalkan prinsip kerjasama dalam semua aktiviti dan kegiatan hidup yang harus, termasuk bidang perekonomian. Bertolak dari sinilah, Koperasi akan berusaha dan berjuang untuk menegakkan sistem ekonomi yang berlandaskan Islam.

    Visi

    Untuk menjadi koperasi Islam terunggul yang mendapat keredhaan ALLAH S.W.T
    Misi

    Menjalankan muamalah Islamiah secara berkoperasi dalam bidang ekonomi, tarbiah, dan kebajikan sebagai ibadah.

    Matlamat

    Penglibatan secara bersama dalam bidang ekonomi, tarbiah, dan kebajikan dengan tujuan melaksanakan syariat dan mengharap keredhaan Allah S.W.T

    Objektif

    Melaksanakan amanah dengan memenuhi objektif pemegang kepentingan (Stakeholders)

    Pinjaman Peribadi Popular

    Bai Bithaman Aajil

    Pinjaman Bai Bithaman Aajil dari KMMB meliputi pinjaman Rumah/Tanah iaitu pembiayaan, membeli tanah, membeli rumah dan membina rumah atau mengubahsuai rumah. Nilai pembiayaan sehingga RM300,000 (kaveat / PA).

    Pinjaman Bai Bithaman Aajil yang kedua meliputi pembiayaan kenderaan iaitu pembiayaan, membeli kenderaan baru, membeli kenderaan terpakai dan amaun pinjaman yang dibenarkan adalah Pembiayaan sehingga RM100,000.

    Pinjaman Bai Bithaman Aajil yang ketiga meliputi pembiayaan Peralatan. Pinjaman peralatan yang dibenarkan adalah pembiayaan, membeli perabot, membeli barangan elektrik / komputer, membaiki / alat ganti kenderaan dan membaiki / alat ganti rumah.

    Selain itu pembiayaan peralatan yang disediakan adalah seperti membeli peralatan persekolahan, membeli peralatan perniagaan, membeli barangan perniagaan dan amaun Pembiayaan sehingga RM25,000.

    Pembiayaan Perkahwinan

    Pakej Perkahwinan adalah seperti perunding perkahwinan, tempahan kad jemputan, katering, khemah / Kanopi, Dewan / Hotel, jurugambar profesional dan sewaan P.A sistem. Perkara lain yang dibolehkan adalah mestilah perkhidmatan yang tidak bercanggah dengan syara’.

    Pembiayaan sehingga RM30,000

    Pembiayaan Umrah Ziarah

    Pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB adalah pakej Umrah, pakej Pelancongan, pakej Seminar / Mesyuarat dan pakej Hotel

    Skim Al-Qardhul Hasan 

    Pinjaman akan diberikan sehingga RM5000 dengan tujuan pendidikan & perubatan tanpa caj keuntungan. Kelayakan bergantung kepada gaji & tempoh persaraan.

    How to Apply

    To apply:

    1. Applicant’s General Documents: Complete the application form Certified copy of Identity Card Latest 3 months original salary slip & certified copy.
    2. Letter of confirmation of service Eligibility form Salary Deduction Limit 60% (Government Employees).
    3. Latest 3 months Bank Statement (Private) Guarantor General Document (For private applicants):
      Complete the Guarantor Bond form Certified copy of Identity Card Copy of latest 2 months salary slip & certified Letter of confirmation of service Form 1/79A (red) – Government Servants.

    Skim Bantuan dan Produk

    Terdapat banyak skim bantuan dan juga produk koperasi sediakan khusus untuk anggota-anggotanya. Ini dapat diterangkan seperti dibawah:

    Al Abrar

    Skim Anugerah Pendidikan Cemerlang

    Skim Anugerah Pendidikan Cemerlang Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB pula meliputi kategori seperti Hafiz Al-Quran – 30 Juzu’ RM2,000, PhD – Anggota sahaja RM2000, Ijazah Sarjana – Anggota sahaja RM1,500, Ijazah Kepujian Kelas Pertama RM1000 dan Diploma / Matrikulasi RM300

    Untuk kecemerlangan di peringat sekolah adalah STPM (4A) / STAM (Mumtaz) RM300, SPM (9A+ / A) / SMU (Mumtaz) RM200, PMR (8A / 9A) & PMRU RM100 dan UPSR (5A)) RM50.

    Pemohon mesti menyertakan lampiran seperti Sijil / Ijazah & Transkrip yang berkaitan (Salinan disahkan), salinan kad pengenalan pemohon & anak dan salinan sijil nikah (Suami / Isteri)

    Skim Bantuan Khairat Kematian

    Kategori

    Skim bantuan Khairat Kemation terdiri dari3 kategori. Bagi anggota koperasi, anggota akan mendapat sumbangan sehingga RM5,000. Bagi suami / isteri akan mendapat sumbangan RM500 dan anak (Lelaki <= 18 / Perempuan belum berkahwin (RM300).

    Bagi ibu / bapa anggota akan mendapat RM200.

    Anggota atau pemohon perlu menyediakan lampiran bersama-sama ketika membuat permohonan iaitu sijil kematian / permit perkuburan, salinan sijil kelahiran pemohon (jika ibu yang meninggal) dan salinan sijil nikah (suami / isteri). Selain itu, anggota perlu menyertakan salinan kad pengenalan penerima sumbangan

    Skim Bantuan Musibah

    Kategori

    • Kemalangan yang kritikal
    • Bencana Alam
    • Kebakaran
    • Penyakit Kronik

    Kelulusan & Kadar

    Berdasarkan tahap kerugian yang ditanggung

    https://koperasimuslimin.com.my

     #koperasi #personalloan #KMMB 

    Hubungi Koperasi Muslimin

    • Tel: 03-4021 0033
    • muslimin@koperasimuslimin.com.my
    • Fax: 03-4021 4099 / 5227
    • Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
      Alamat: 17-3-1, Tingkat 3
      Blok A, Jalan Semarak Api 1
      Pusat Perniagaan Diamond Square
      Off Jalan Gombak
      53000 Kuala Lumpur

    Topik Terhangat & Trending

    Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!