Tag: BankRakyat

  • Bank Rakyat: Pinjaman Peribadi Mudah Untuk Penjawat Awam!

    Bank Rakyat: Pinjaman Peribadi Mudah Untuk Penjawat Awam!

    Bank Rakyat

    Dapatkan pinjaman peribadi Bank Rakyat dengan pembiayaan hingga RM200,000, atau 35 kali gaji kasar anda. Nikmati perlindungan Takaful dan kemudahan potongan Biro Angkasa (BPA) tanpa keraguan. Dapatkan maklumat lanjut dan mohon segera sekarang!

    Pembiayaan Peribadi Popular

    Pembiayaan-i Kakitangan Awam (Rakan Pintar)

    Bank Rakyat menawarkan pinjaman peribadi-i dengan pakej Rakan Pintar dimana kadar keuntungan yang rendah kepada kakitangan kerajaan. Produk pembiayaan ini direka untuk memenuhi keperluan kewangan penjawat awam, dengan manfaat tambahan seperti keahlian perbankan premium dan cash-back RM0.50 untuk transaksi MEPS dan Tabung Haji di mesin ATM.

    Ciri-ciri dan Manfaat

    Amaun Pembiayaan & Tempoh Pinjaman

    • Amaun Pembiayaan: Sehingga RM200,000.
    • Tempoh Pembiayaan: Fleksibel sehingga 10 tahun.
    • Margin Pembiayaan: Sehingga 35 kali gaji kasar bulanan.

    Tiada Yuran Tersembunyi

    • Tiada penjamin diperlukan.
    • Tiada bayaran pendahuluan.

    Manfaat Tambahan untuk Penjawat Awam

    • Perlindungan Takaful (pilihan).
    • Keahlian Perbankan Premium percuma.
    • Cash-back RM0.50 untuk transaksi MEPS dan Tabung Haji di mesin ATM.

    Pembayaran Mudah Melalui Biro Angkasa

    • Pembayaran melalui Biro Angkasa (BPA), memudahkan proses dengan potongan gaji automatik.

    Cara Memohon

    Proses Permohonan yang Mudah

    Untuk memohon, anda hanya perlu kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan. Pegawai kami akan membantu anda dalam proses permohonan, memastikan pengalaman yang lancar.

    Overlap Pinjaman Sedia Ada

    Jika anda seorang penjawat awam yang sudah mempunyai pinjaman dengan Bank Rakyat atau institusi kewangan lain dan ingin overlap pinjaman anda, ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Dapatkan penyata penyelesaian awal atau penyelesaian penuh daripada penyedia pinjaman anda yang sedia ada. Pastikan penyata tersebut sah selama sekurang-kurangnya 30 hari.
    2. Hubungi Bank Rakyat untuk membincangkan proses overlap. Jika tempoh penyata telah tamat, anda perlu memohon penyata penyelesaian awal yang baru, yang mungkin mengambil beberapa hari.

    Bank Rakyat menawarkan penyelesaian pembiayaan yang kompetitif yang disesuaikan untuk penjawat awam. Dengan kadar keuntungan yang rendah, terma pinjaman yang fleksibel, dan manfaat tambahan seperti perlindungan Takaful dan keahlian perbankan premium, ini adalah pilihan yang ideal untuk kakitangan kerajaan.

    Dengan proses permohonan yang mudah dan pembayaran automatik melalui Biro Angkasa, pengurusan pinjaman anda menjadi lebih mudah.

    Hubungi Bank Rakyat

    Untuk maklumat lanjut atau untuk memohon Pembiayaan Peribadi-i Rakan Pintar, kunjungi Bank Rakyat di:

    Bank Rakyat
    33, Jalan Rakyat, Brickfields,
    50470 Kuala Lumpur, Malaysia

    Perkhidmatan Pelanggan (Tele-Rakyat): 1-300-80-5454

    Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Loan


    *Source: Bank Rakyat official website

    Topik Terhangat & Trending

    Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

  • Pinjaman Peribadi Dana Bank Rakyat: Sesuai untuk Penjawat Awam!

    Pinjaman Peribadi Dana Bank Rakyat: Sesuai untuk Penjawat Awam!

    Dana Bank Rakyat

    Ingin mengetahui mengenai pinjaman peribadi dana Bank Rakyat? Jika gagal mendapat pembiayaan Bank Rakyat, anda boleh mencuba dengan Koperasi dana bank.

    Pinjaman Peribadi Dana Bank Rakyat

    Pengenalan

    Adakah anda boleh memohon pinjaman peribadi dana Bank Rakyat sekiranya telah berdaftar dengan AKPK?

    Jawapannya tidak dibenarkan untuk memohon dengan mana-mana institusi kewangan ataupun koperasi kerana pihak AKPK sendiri sudah membuat penstrukturan semula keseluruhan hutang anda.

    Jadi sebarang permohonan baru pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, permohonan kredit kad tidak boleh dilakukan. Tetapi ada sesetengah kes di mana terdapat kelulusan bagi pemohon yang mempunyai AKPK.

    Jadi peluang untuk lulus tetap ada. Jadi mohon sekarang!

    Koperasi Popular Dana Bank Rakyat

    Terdapat beberapa koperasi yang pernah menggunakan dana Bank Rakyat antaranya dari Koperasi Kekal (Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad), Koperasi Gemilang Siswazah Berhad (Kogemilang), Koperasi Perdanajaya Berhad dan Koperasi Kobena.

    Komitmen luar yang tinggi dan rekod ccris ataupun ctos yang tinggi menyukarkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman peribadi dana dari Bank Rakyat kerana skema kelulusan adalah mengikut ketetapan dari bank manakala proses kelulusan menjadi lambat kerana perlu proses menyaring di bahagian koperasi dan bank.

    Koperasi Terlibat

    Berikut adalah serba sedikit koperasi yang menjalankan kegiatan pinjaman peribadi yang pernah menggunakan dana Bank Rakyat

    1. Koperasi Kekal
    2. Koperasi Gemilang kogemilang
    3. Koperasi Perdanajaya
    4. Koperasi Kobena

    Gagal Permohonan

    Sekiranya tidak berjaya, apa yang anda harus lakukan?

    Bagi pemohon yang tidak mempunyai masalah blacklist / senaraihitam bolehlah memohon untuk mendapatkannya tetapi harus diingat proses kelulusan mengambil masa yang agak lama kerana permohonan harus diproses oleh pihak koperasi dan bank.

    Sekiranya tidak boleh menunggu kerana desakan dan keperluan kewangan yang meruncing, anda disarankan untuk memohon dengan koperasi lain yang menggunakan dana sendiri tanpa melalui mana-mana bank.

    Koperasi Yang Dibenarkan

    Penjawat awam (kakitangan kerajaan dan badan berkanun terpilih) masih mempunyai ruang untuk memohon sekiranya anda gagal mendapatkan pembiayaan peribadi menggunakan dana Bank Rakyat.

    Terdapat beberapa institusi kewangan yang menguruskan dana sendiri tanpa melalui dana bank seperti Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), Yayasan Perlis RCE (YYP) dan Petronesa.

    Kami akan dikemaskini dalam entri yang lain sekiranya terdapat beberapa koperasi yang menjalankan khidmat pembiayaan peribadi menggunakan dana sendiri.

    Kategori Yang Layak

    Kategori yang layak memohon pinjaman peribadi dana Bank Rakyat

    1. Kerajaan berjawatan tetap sahaja.
    2. Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
    3. Badan berkanun terpilih sahaja.
    4. Swasta, peniaga, pelajar, mahasiswa, surirumah, anggota tentera (askar) tidak layak sama sekali

    Penyelesaian

    MBSB Waslah

    Sekiranya tuan/puan sudah menerima surat dari MBSB yang menyatakan bahawa MBSB sudah membuat booking in-transit lebih awal dari tahun sebenar peningkatan ansuran bulanan (contohnya ansuran baru tahun 2018 tetapi telah diblok tahun ini), maka cara yang boleh dilakukan oleh pemohon buat masa ini adalah dengan pergi ke ibu pejabat Angkasa dan dapatkan surat Angkasa 2/79 yang menyatakan dengan jelas bila MBSB akan membuat pemotongan baru.

    Pemohon masih boleh membuat pinjaman baru (fresh loan) dengan mana-mana koperasi tetapi dihadkan untuk tahun yang belum ada peningkatan bayaran bulanan MBSB Waslah.

    Contohnya tempoh pinjaman selama 4 tahun sahaja dari max 10 tahun (tempoh pembiayaan yang dibenarkan max 10 tahun sepatutnya sehingga tahun 2024 tetapi diluluskan sehingga tahun 2018 sahaja kerana selepas dari tahun 2018 akan berlaku peningkatan dalam bulanan pinjaman Waslah.

    Permohonan Selepas Hari Raya Aidilfitri 2014

    Pemohon yang mempunyai pinjaman MBSB Waslah sebelum ini akan menghadapi sedikit kesulitan untuk membuat pembiayaan peribadi bermula selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2014 kerana pihak MBSB sudah block booking in-transit dalam Angkasa.

    Sebagai contoh, sekiranya potongan ansuran MBSB Waslah yang baru akan dipotong dalam tahun 2017, bermakna semua permohonan baru dengan koperasi tidak boleh sehingga max 10 tahun lagi kerana diambil dari perbezaan tahun pembayaran ansuran baru dengan tahun semasa.

    Jadi dalam contoh di atas, pemohon layak meminjam untuk tempoh pembiayaan selama 3 tahun (yakni 2017 tolak 2014 tahun semasa).

    Jadi jumlah pembiayaan akan berkurangan disebabkan tempoh pembiayaan yang pendek. Harap maklum.

     #pinjamanperibadi #BankRakyat 

    Topik Terhangat & Trending

    Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!