Pinjaman Peribadi IDSB (Ikhtiar Destinasi)

Mohon Pinjaman Peribadi IDSB (Ikhtiar Destinasi) hari ini – pembiayaan patuh Syariah sehingga RM200,000 dengan kadar faedah rendah dan proses pantas. Sesuai untuk kakitangan kerajaan & GLC. Hubungi kami sekarang untuk semakan kelayakan percuma!

Pinjaman Peribadi IDSB Ikhtiar Destinasi Personal Loan

Pengenalan

Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd adalah popular sekitar tahun 2009 dimana kemunculannya menjadi peneraju kepada koperasi-koperasi lain di seluruh Malaysia untuk mengikuti jejak langkahnya. Antara yang menjadi taruhan utama dan menjadi ikutan bagi koperasi-koperasi lain adalah kadar payout nya yang paling tinggi di pasaran iaitu 100% payout kepada penjual.

Walaupun pada ketika itu banyak koperasi yang menawarkan pinjaman peribadi dan ada tolakan seperti payout 95% ke 97%, bayaran yuran ahli Rm30 yang dibayar terus untuk 3 tahun berturut-turut dan potongan insurans takaful, duti setem (stamping fees), fee dokumentasi dll, tetapi  IDSB tetap dengan promosinya yang istimewa. Promosi tersebut adalah payout 100% yakni peminjam dapat penuh dari jumlah loan yang dipohon.

Ini menyaksikan pembiayaan i-destinasi ini menjadi pioneer dan tersangat popular apabila produk pembiayaannya sangat laku seperti ‘goreng pisang panas’ dan ‘kek yang masih panas dibakar owen lalu dipotong mengikut slices’. Produk pinjaman yang lain tidak banyak yang boleh ‘jalan’ kerana faktor 100% payout menarik minat penjawat awam untuk memohon. Pada masa itu, borang permohonan yang original berwarna harus dibeli dengan harga Rm2 senaskah dan setiap agen yang menguruskan loan i-destinasi akan ada sekurang-kurangnya 20 set naskah borang loan. Walaupun menggunakan 2 set borang angkasa bagi tujuan pengesahan maklumat potongan (penzahiran maklumat), tetapi tidak ada sedikit rungutan pun dari pemohon.

Majikan pada masa itu juga bersikap agak linien (lenient) dengan pinjaman kewangan dari i-destinasi ini kerana sangat-sangat menguntungkan pemohon. Berdasarkan pengalaman peribadi, ramai pemohon yang membuat permohonan loan i-destinasi dengan kadar maksimum amount kerana tidak perlu memikirkan mengenai jumlah bersih akhir yang akan dapat di tangan pemohon. Ini kerana semuanya dapat bersih 100 peratus!

Bayangkan sekiranya pemohon yang terdiri dari penjawat awam membuat loan max iaitu Rm200,000, maka peminjam akan dapat Rm200,000 juga tanpa ditolak sesen pun. Ini kerana semua kos seperti yang dimaklumkan di atas ditanggung sepenuhnya oleh pihak Ikhtiar Destinasi dan juga bank yang mengeluarkan dana pembiayaan.

Maka tidak hairanlah ramai para agen atau wakil jualan (sales representative executive) yang sanggup outstation ke sana ke mari semata-mata untuk ‘lock’ customer yang membuat pinjaman dengan amaun yang sangat banyak. Contohnya jika seseorang agen itu menjalankan operasinya di Kuala Lumpur, agen tersebut sanggup untuk ke Negeri Sembilan mahupun di Melaka semata-mata ingin close sales Rm200k! Sungguh berdedikasi sekali warga perunding kewangan koperasi pada masa itu. Inilah Ikhtiar Destinasi!

Jika agen atau wakil jualan terlalu sibuk menguruskan pelanggan di kawasan lembah Klang, terdapat juga sesetengah customer yang sanggup datang dari Negeri Pahang seperti dari Kuantan, Bentong, Temerloh untuk memohon pembiayaan i-destinasi supaya masa proses penghantaran borang dapat dijimatkan.

Jika ada antara customer yang tidak tahu jalan untuk ke Kuala Lumpur, agen atau wakil perunding kewangan akan membuat temujanji di tempat yang paling mudah bagi pelanggan di sekitar Negeri Pahang untuk datang iaitu di Zoo Negara. Ini kerana lokasi zoo negara yang terletak di kawasan Hulu Kelang dan pelanggan dari Pahang akan exit tol Gombak dan memandu terus ke Zoo Negara melalui jalan MRR2.

Begitu meriah sekali perjalanan seorang agen atau wakil perunding kewangan yang menguruskan permohonan i-destinasi. Panggilan dan sms datang bertalu-talu sehingga bateri handphone pun mudah ‘kong’. Rehat pun tidak cukup kerana bekerja 24 jam sehari. Semuanya kerana 100% payout!

Begitu banyak sekali pintu rezeki yang kami dapat perolehi hasil dari mempromosikan  Ikhtiar Destinasi dimata penjawat awam Malaysia. Dan yang paling mengasyikan i-destinasi ini adalah peminjan yang telah dapat duit loan pula akan mencadangkan kepada isteri atau pasangan masing-masing yang bekerja di sektor awam untuk membuat pinjaman peribadi. Memang mencurah-curah rezeki dengan hanya membuat IDSB pada masa itu.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada penjawat awam kerana percaya dengan kami sebagai agen/ wakil jualan koperasi dan IDSB Ikhtiar Destinasi walaupun kebanyakan dari mereka bekerja dari rumah dan tidak mempunyai pejabat fizikal.

Pinjaman Peribadi Popular

i-destinasi~RHB Bank

Promosi Pinjaman Peribadi IDSB Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd Personal Loan ini adalah yang terakhir kerana terdapat banyak kekangan dana dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara. Untuk mendapatkan loan ini, pemohon harus ke cawangan RHB Bank yang berdekatan dan membuat permohonan di sana.

Personal Loan MTQ IDSB 3.99%

Pinjaman Peribadi IDSB Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd Personal Loan

Product terbaharu dikenali sebagai MTQ IDSB. Kriteria pembiayaan seperti berikut:

  • Jumlah loan Rm3,000-Rm200,000 dan jumlah pembiayaan dalam gandaan Rm1,000.
  • Kadar keuntungan 3.99%.
  • IDSB MTQ payout 90% dan 93% dan KFH payout 96.5%.
  • Loan tenure dipendekkan kepada 10 tahun maksima.
  • Tidak boleh buka second account loan. Ini bemakna perlu overlap jika pernah membuat pinjaman dengan i-destinasi sebelum ini.
  • Potongan melalui Biro Angkasa.

NOTA: Anggota tentera, pegawal keselamatan, pemandu peribadi (bekerja untuk individu), polis bantuan, staf status IMG dan semua jawatan yang bermula dengan ‘tukang’ atau ‘pekerja’ seperti pekeja am rendah, pekerja awam dll tidak layak memohon pembiayaan i-Destinasi.

I-Destinasi 3.99% (IDSB-Kuwait Finance) 100% Payout

Pembiayaan peribadi IDSB ini yang sangat popular kerana menawarkan Islamic personal financing kepada penjawat awam. Mempunyai kod potongan tersendiri tetapi masih melalui skim potongan gaji majikan (PGM). Pinjaman yang dikenang sepanjang zaman kerana peminjam dapat bersih jumlah penuh dari jumlah yang dipinjam. Semua proses pinjaman peribadi IDSB mengikut prinsip syariah antarabangsa (Islamic Financing Loan). Urusan jual-beli akad akan dilakukan melalui panggilan telefon kepada pemohon.

  • Interest rate personal financing 3.99% flat rate.
  • Payout 100% (peminjam pembiayaan IDSB akan dapat penuh dari jumlah pembiayaan).
  • Tidak melalui potongan Biro Angkasa tetapi melalui potongan gaji majikan (PGM).
  • Perlu mendapatkan pengesahan dari Unit Gaji/ Bahagian Kewangan/ Guru Besar (majikan) bagi semua dokumen termasuk Surat Kebenaran Pemotongan Gaji yang berwarna biru. Surat kebenaran tersebut tidak boleh disalinfoto (fotostat).
  • Tempoh pembiayaan 20 tahun. Boleh overlap pinjaman lama yang tinggi interest.
  • Proses loan dalam masa 2-4 minggu.

 #pinjamanperibadi #personalloan #IDSB 

Hubungi Ikhtiar Destinasi Sdn. Bhd.

  • Tel: 03-4023 2266 / +603 4141 8060
  • I Destinasi Sdn. Bhd.
    4 & 6 Pekeliling Business Centre,
    Persiaran 65C, Jalan Pahang Barat, Pekeliling,
    53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Topik Terhangat & Trending

Nak tahu cara urus pinjaman dengan lebih bijak? Kami kongsikan info penting tentang pinjaman bank, koperasi, dan cara urus wang dengan lebih mudah. Klik untuk teruskan membaca dan mula ubah cara anda berbelanja.

error: Content is protected !!