
Koperasi kami didaftarkan pada 28 September 2008 di bawah nama Koperasi Borneo Berhad dengan kawasan operasi di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan kemudiannya telah meluaskan kawasan operasi ke seluruh Malaysia.
Atas kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 27 November 2015, nama baru telah didaftarkan sebagai Koperasi Borneo Malaysia Berhad.
Notis Pemberitahuan
KOPERASI BORNEO MALAYSIA BERHAD ingin memaklumkan bahawa kami tidak berurusan dengan sebarang agensi-agensi untuk mempromosikan dan memproses pinjaman koperasi.
Sebarang urusniaga atau transaksi yang dibuat antara pelanggan-pelanggan dan agensi-agensi adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.
Pelanggan-pelanggan boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan mengenai pinjaman koperasi.