Payout Pinjaman Peribadi Koperasi

Payout Personal Loan In Pinjaman Peribadi Koperasi

What is Payout Pinjaman Peribadi Koperasi and Bank? 100% payout? 80% minus sinking funds and 2 month advance payment? Get all info here.

About Payout Personal Loan

Apakah itu Payout Pinjaman Peribadi Koperasi? Payout didefinisikan sebagai potongan ataupun pengurangan yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman (loan) yang dipohon. Ini bermakna jumlah yang akan pemohon dapat di tangan (net cash in hand) akan berkurang disebabkan potongan yang dikenakan oleh bank dan koperasi. Sebagai contoh, sekiranya pemohon ingin membuat pinjaman peribadi (personal loan) sebanyak Rm100,000 dan kadar potongan yang dikenakan adalah 80% dari jumlah pembiayaan, bermakna anda akan dapat bersih ditangan sebanyak Rm80,000 dari jumlah loan yang diluluskan. Inilah pengertian Payout Personal Loan In Pinjaman Peribadi Koperasiyang dimaksudkan.

Suatu ketika dahulu semasa promosi personal loan sedang giat dijalankan, ada beberapa koperasi yang memberikan Payout Personal Loan In Pinjaman Peribadi Koperasi sehingga 100% (peminjam dapat penuh pinjam Rm10 ribu dapat Rm10 ribu). Ada juga yang memberikan kurang sehingga 80% dan 70% dari jumlah pembiayaan.

Adakah Kadar Payout Akan Berubah Dari Semasa Ke Semasa?

Bagi menjawap persoalan di atas mengenai Payout Pinjaman Peribadi Koperasi, jawapannya ya kerana ianya ditentukan oleh situasi kewangan semasa yakni apabila terdapat promosi terbaharu dari bank dan koperasi maka kadar payout juga akan diselaraskan ataupun revised payout. Penentuan dibuat berdasarkan banyak faktor seperti tempoh pinjaman (10 tahun loan tenure, 15 tahun atau 20 tahun maksima), kadar interest rate semasa (keuntungan dalam istilah syariah ataupun islamic financing), persetujuan lembaga pengarah koperasi, faktor ekonomi semasa dan lain-lain faktor. Jadi akan berubah mengikut promosi terkini.

Buat masa ini, kadar payout personal loan menjadi semakin sedikit sehingga 50% dari jumlah pinjaman peribadi. Anda dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan promosi ini kerana ini akan mendatangkan kerugian yang amat besar kepada anda pada masa akan datang. Anda disarankan mengambil pinjaman peribadi koperasi dengan kadar yang standard di antara 80% dan ke atas walaupun anda akan mendapat tunai bersih ditangan yang sedikit. Fikirkan jika anda tidak mendapat separuh dari jumlah tunai yang anda pinjam dan anda harus membayar interest rate setiap tahun selama tempoh pembiayaan.

Mengapa Payout Diperlukan?

Payout Personal Loan In Pinjaman Peribadi Koperasi

Payout Pinjaman Peribadi Koperasi ataupun dari bank diperlukan untuk menampung risiko kerana pinjaman peribadi (loan) ini tidak memerlukan penjamin, tiada cagaran. Jadi risiko yang sangat tinggi ditanggungi oleh koperasi menyebabkan payout personal loan ini dinaikkan ataupun diturunkan. Semuanya bergantung kepada promosi yang diberikan oleh sesuatu bank atau koperasi. Perunding kewangan akan memberitahu anda mengenai perkara ini dan anda tidak perlu berasa malu untuk bertanya soalan mengenai perkara ini.

Adakah Payout Tinggi Dan Rendah Menentukan Kadar Proses Loan?

Ya. Payout Pinjaman Peribadi Koperasi yang tinggi dan rendah biasanya mempengaruhi kadar processing loan. Tetapi mengikut pengamatan dan pengalaman pihak kami, payout yang tinggi akan menguntungkan pemohon kerana peminjam dapat lebih dan bayaran bulanan akan menjadi kurang kerana tempoh pembayaran balik loan dipanjangkan menjadi 15 atau 20 tahun. Ada sesetengah koperasi dan bank menawarkan pembiayaan untuk tempoh bayaran balik sehingga 25 tahun.

Begitulah sebaliknya bagi keadaan rendah. Kurang menguntungkan pemohon tetapi proses kelulusan application menjadi sangat cepat.

Bertanyalah kepada pihak kami untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini. Sekiranya pertanyaan terlalu teknikal, maka perlulah dirujuk kepada loan agreement untuk mendapatkan kepastian.

Sinking Fund And Advance Payment

Dalam pengiraan nett amount (pemohon dapat tunai bersih ditangan), biasanya koperasi akan mengenakan sinking funds dan caj-caj lain sebelum release amount bersih kepada pemohon. Caj-caj lain adalah seperti monthly advance payment, Angkasa caj, yuran bulanan RM30 yang perlu dibayar sekaligus (lump-sum) untuk 2 tahun dan insurans takaful. Insurans Takaful adalah penting kerana jika berlaku sebarang masalah dikemudian hari seperti berlaku kematian maka ansuran bulanan dan baki pinjaman tidak akan dikenakan kepada waris.

Secara otomatik sekiranya anda sudah memohon pembiayaan koperasi, anda akan menjadi ahli koperasi tersebut. Berhubunglah dengan mereka untuk apa-apa maklumat seperti pembatalan yuran, mengira yuran sebagai simpanan pemulangan simpanan dari fi saham.

Biasanya advance payment akan dikenakan kerana pemotongan oleh pihak Biro Angkasa agak lambat iaitu selepas 2 bulan dari tarikh lulus. Jadi pihak koperasi akan mengambil advance payment untuk 2 bulan bagi menampung ansuran bulanan yang belum dipotong lagi oleh Angkasa.

Biasanya advance payment tidak akan dikembalikan dalam bentuk rebat kepada pemohon dan akan memberikan relfleks kepada tempoh pembiayaan.

Hashtag / Keywords

#pinjamanperibadi

Cari Pinjaman Peribadi Lain?

Payout Pinjaman Peribadi Reviews

What is Payout Pinjaman Peribadi Koperasi and Bank? 100% payout? 80% minus sinking funds and 2 month advance payment? Get all info here.

Mohd Azwan

https://koperasi.business

error: Content is protected !!