Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM

Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM menjadi kepentingan para pekebun kecil di Malaysia dalam banyak aspek. Dapatkan maklumat mengenai koperasi ini hanya disini!

Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM
Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM

Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM Summary

  • Koperasi Name: Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad
  • Abbreviation / Code Name: PKPKM
  • Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM
  • Dimanakah terletaknya Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM?

    Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM terletak di Setiawangsa Business Suites, Taman Setiawangsa Kuala Lumpur. Sila gunakan google map atau Waze dengan menaip Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM.

About Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM

Visi Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM

Meningkatkan sosial ekonomi pekebun-pekebun kecil dengan cara menjalinkan hubungan yang baik di antara agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya dapat semua sumber milik pekebun-pekebun kecil digembelingkan secara optimum bagi mempertingkatkan daya pengeluaran, pendapatan dan kualiti hidup mereka selaras dengan wawasan 2020.

Misi Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM

Mewujudkan Pekebun-pekebun kecil yang mendapat hak yang sah daripada kekayaan Negara dan menempatkan mereka dalam masyarakat dengan nilai dan maruah diri yang tinggi.

Sejarah Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM

Sejarah Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM dapat diterangkan seperti berikut:

  1. Pertubuhan pertama yang diwujudkan untuk memperjuangkan kedudukan pengeluar-pengeluar getah asli di Negara kita ialah “The United Planters Association of the Federated Malay States” pada tahun 1897.
  2. Selepas itu sebuah lagi badan yang dinamakan “The Rubber Growers Association”(RGA) di tubuhkan di London pada tahun 1907.
  3. Ini kemudiannya diikuti dengan penubuhan “The Malayan Estate Owners Association” (MEGA) di Kuala Lumpur pada tahun 1931.
  4. Seterusnya nama “The United Planters Association of the Federated Malay States” telah ditukar kepada “The United Planting Association of Malaysia” (UPAM) pada tahun 1968.
  5. Pertubuhan-pertubuhan ini semuanya bertujuan melindungi perusahaan getah serta pertanian, di samping menjaga kepentingan pemilik-pemilik ladang dan syarikat-syarikat perladangan di Malaya/Malaysia.
  6. Pada bulan Mac 1951, dengan tujuan hendak mengukuhkan lagi pendirian mereka, maka pertubuhanpertubuhan ini telah mewujudkan pula Majlis Pengeluar-Pengeluar Getah Malaysia (MRPC) sebuah badan yang menyuarakan pendapat seluruh perusahaan getah di negara ini. Tujuan MRPC adalah meliputi tujuan-tujuan RGA, MEOA dan UPAM.
  7. Di sektor pekebun kecil, mereka mula menyedari semenjak Encik Mohd Isa bin Pandak Aris mula mengusahakan tanaman getah di Kuala Kangsar dan pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan getah pada penghujung abad Ke -19 sehingga 1951, hidup mereka terbiar dengan usaha sendiri di kampung-kampung dan tiada siapa yang menghirau keadaan dan nasib mereka.
  8. Di atas kesedaran ini, maka pada 5 Oktober 1951, lebih kurang 6 bulan selepas MRPC ditubuhkan, sebuah pertubuhan yang dinamakan “Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Negeri Johor” ditubuhkan di Batu Pahat. Di samping pertubuhan induknya, cawangan-cawangan di daerah-daerah Negeri Johor terus berjalan dengan cergasnya.
  9. Perkembangan di Negeri Johor kemudiannya diikuti dengan tertubuhnya Persekutuan Pekebun-Pekebun Kecil Negeri, iaitu di Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Melaka dalam tempoh 1952-1956, masing-masing persekutuan dengan cawangan-cawangannya di daerah-daerah.

Sejarah Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM Bahagian 2

Dibawah adalah sejarah Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM bahagian kedua.

Bagi menguatkan lagi perpaduan di kalangan pekebun-pekebun kecil, maka pada 28 Februari 1956, Mesyuarat Permulaan Penubuhan yang dirasmikan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan tanah Melayu, maka tertubuhlah Majlis Persekutuan-Persekutuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaya (Council of Malayan SmallholdersAssociation-CMSA).

Sebaik sahaja tertubuhnya CMSA,maka Jawatankuasa Kerjanya terus memohon menjadi ahli dalam MRPC. Pada bulan April 1956, MRPC menerima 5 orang wakil daripada CMSA menjadi ahlinya, iaitu kali pertama dalam sejarah pergerakan dan perjuangan pekebun-pekebun kecil berjaya duduk bersama-sama wakil RGA, MEOA dan UPAM untuk memaju, memelihara dan melindungi hak dan kepentingan pengeluarpengeluar getah asli dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam dekad tahun 60an terbit beberapa kelemahan dalam perjalanan CMSA dan persukutuan-persukutuan ahlinya disebabkan masalah pentadbiran dan berterusan sehingga dekad 70an. Kelemahan ini
menyebabkan persukutuan-persukutuan di peringkat negeri dan cawangan boleh dikatakan tidak lagi berfungsi.

Pada tahun 1970, beberapa pemimpin CMSA bersama cerdik pandai lain telah menubuhkan Persukutuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Barat (PKPKMB) dengan tujuan mengukuhkan semula
pendirian pekebun-pekebun kecil dengan pentadbiran yang lebih kemas dan tegas.

Persekutuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Barat ini telah ditubuhkan dan didaftarkan dalam bulan Ogos, 1970 dengan ahli-ahli Majlis Tertingginya diketuai oleh Y.B Tuan Haji Mohd Yusof bin Mahmud sebagai yang Dipertua.

Tugas dan Tanggungjawab Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM

Berikut adalah tugas dan tanggungjawab Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM

  • Menyatupadukan masyarakat pekebun-pekebun kecil di bawah satu pertubuhan yang dibiayai sendiri.
  • Memerhati dan mengamati dasar-dasar Kerajaan yang relevan dengan pembangunan Pekebun-Pekebun Kecil dan memberi maklumbalas kepada Kerajaan terhadap masalah pelaksanaan yang timbul.
  • Mengambil bahagian dalam menggubalan dasar-dasar berkenaan pembangunan pekebun-pekebun kecil bersama-sama Agensi Kerajaan yang terlibat.
  • Memberi penerangan dan mendapatkan maklum balas daripada pekebun-pekebun kecil berkenaan masalah pelaksanaan dasar pembangunan pekebun-pekebun kecil.
  • Menjadi saluran dua hala daripada pekebun-pekebun kecil kepada Kerajaan dan sebaliknya.

http://pkpkm.org.my/

Contact Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM

error: Content is protected !!