
Kedai Harga Patut Johor
JOHOR BAHRU: Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) menyasarkan pembukaan 20 Kedai Harga Patut Muafakat Johor tahun ini, tertumpu di lokasi berpotensi dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata langkah itu sejajar dengan langkah memperluaskan perkhidmatan kedai konsep berkenaan, sekali gus memenuhi keperluan rakyat negeri itu.
Katanya, Kedai Harga Patut Muafakat Johor dirancang untuk dibuka di lokasi yang mempunyai banyak pejabat kerajaan termasuk di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Iskandar dan Wisma Persekutuan di sini.
“Langkah untuk mengembangkan Kedai Harga Patut Muafakat Johor ini juga bagi membantu masyarakat mendapatkan bekalan barangan basah dan asas tani dengan tawaran harga lebih rendah daripada pasaran.