Pinjaman Peribadi Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad - KAKIB

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad – KAKIB telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Syariah oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad pada 30 Mei 2019. Ini merupakan salah satu usaha KAKIB untuk memastikan produk – produk KAKIB adalah berlandaskan syariah agar perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada anggota-anggota KAKIB

About Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad - KAKIB

Pinjaman Peribadi Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB Personal Loan Malaysia

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Bhd (KAKIB) ditubuhkan pada 27 Julai, 1923 dan kini beroperasi di 111B, Bangunan Koperasi, Jalan Dato’Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak dengan keanggotaan melebihi 6000 anggota.

KAKIB juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk koperasi terbaik dan juga merupakan salah satu koperasi berdaya maju yang tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik di Malaysia. KAKIB di uruskan oleh 15 orang.

Anggota Lembaga yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Sejak ditubuhkan , kedudukan keanggotaanadalah melebihi 6000 orang dengan bermodal yuran, syer dan asset yang terkumpul berakhir tahun 2017 sebanyak RM 84.6 juta dengan bermatlamat untuk memantap ekonomi dan sosial.

Gerakan koperasi yang semakin berkembang maju di Negara ini akan menjadi penyumbang utama KDNK.

Selari dengan moto KAKIB sentiasa berikhtiar untuk menyediakan kemudahan dan manfaat yang bersesuaian dengan aspirasi ekonomi Negara.

Setelah hampir melebihi 90 tahun beroperasi, aktiviti KAKIB terus berkembang dengan mencari peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan KAKIB.

Keanggotaan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad - KAKIB

Keanggotaan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

Permohonan

Borang permohonan untuk menjadi anggota Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad – KAKIB perlu diisi dengan lengkap dan sempurna beserta dengan salinan penyata gaji bulan terakhir dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh pegawai/pengetua beserta nama dan jawatan Yang Diberikan Kuasa.

Keanggotaan terbuka kepada kakitangan kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan dimana bayaran potongan bulanan anggota dapat dibuat melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA).

Syarat –syarat Keanggotaan :

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur lapan belas tahun
  • Bermastautin atau bekerja atau mempunyai hartatanah atau bekerja dalam Negeri Perak
  • Bukan seorang yang tidak berupaya dari segi mental atau bankrap
  • Berjawatan Tetap
PERKARA BAYARAN MINIMA
Yuran
RM60
Syer
RM 200.00 (10 BULAN X RM20)
Insurans Berkelompok
RM10.00
Simpanan Khas
(HAD MAKSIMUM ADALAH SEHINGGA 60% POTONGAN GAJI)

Kebajikan Anggota Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad 

Derma Pelajaran Anak Anggota KAKIB

Kelayakkan Memohon

  1. Menjadi anggota Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad tidak kurang dari 3 tahun.
  2. Anak Kandung Anggota.
  3. Anak Tiri atau Anak Angkat anggota yang sah disisi Undang-Undang (Berdaftar).
  4. Keputusan peperiksaan UPSR, PT3, SPM/SPVM, STAM, STPM, Matrikulasi atau yang setaraf.

Permohonan yang lengkap hendaklah sampai kepada Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad  KAKIB sebelum 31 Julai setiap tahun

Khairat Kematian Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

Kadar Bayaran dan Kelayakkan

  • RM 1500.00 atas kematian anggota KAKIB. Dibayar kepada waris yang sah
  • RM 1000.00 atas kematian suami/isteri anggota
  • RM 500.00 atas kematian ibu/bapa anggota
  • RM 500.00 atas kematian anak berumur diantara 2 minggu hingga 18 tahun

Tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian dengan mengemukakan dokumen yang lengkap kepada Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

Dividen Tahunan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad  KAKIB memberikan dividen tahunan yang tinggi kepada anggota seperti berikut:-

  • DIVIDEN 2019 = 7.1%
  • DIVIDEN SIMPANAN KHAS 2019= 8%

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad Personal Loan Interest Rate / Profit Rate

PEMBIAYAAN PERIBADI

3.90%

/p.a

PEMBIAYAAN KREDIT

3.50%

/p.a

PEMBIAYAAN AKTIVITI PERNIAGAAN

3.50%

/p.a

PEMBIAYAAN PELBAGAI

3.90%

/p.a

Contact Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad - KAKIB

Location and Address

Koperasi in Malaysia

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad – KAKIB
111B, Tingkat 1,
Jalan Dato Onn Jaafar,
30300 Ipoh Perak.

Call Center

05-2540707
OPERATING HOURS : 8.00 am to 5.00 pm

E-Mail

Email us your inquiries to:

Send Message

Please e-mail us if you have any inquiries about koperasi loan or bank loan.

Enter your name
Enter your H/P number
Enter your correct E-mail. We will contact you via e-mail.
Please state your request full settlement letter? Or reloan/loan overlap?

*Source: bank.com.my

error: Content is protected !!