Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad

Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad menawarkan perkhidmatan koperasi terbaik untuk anda pilih. Jom mohon disini.

Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad
Jom jadi ahli anggota Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad

Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad Summary

  • Koperasi Name: Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad
  • Abbreviation / Code Name: KOMAJU
  • Koperasi Promotion Name: General Info

About Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad

Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya pada 7 November 2017 apabila diluluskan pendaftarannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran D-5-0850.

Dengan semangat yang tinggi serta daya juang yang berkobar-kobar daripada puluhan orang yang pernah belajar di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, maka tertubuhlah koperasi ini.

Perjumpaan mesyuarat permulaan untuk penubuhan telah diadakan di Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Diharapkan penubuhan ini akan memartabatkan ekonomi anak bangsa dan umat Islam, sekaligus memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Setakat ini, KOMAJU akan memberi fokus kepada perniagaan peruncitan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Matlamat penubuhan utama Komaju ialah untuk menjana ekonomi ahli melalui pengibatan mereka dalam pelbagai sektor perniagaan. Aktiviti utama komaju ialah perniagaan Tadika, Hartanah, Kedai Runcit dll.

Keanggotaan

Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad

Untuk menjadi anggota Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad (komaju kelantan) adalah seperti berikut:-

  1. Pelajar atau bekas pelajar UiTM Cawangan Kelantan dan sekurang-kurangnya memiliki Diploma di UiTM Cawangan Kelantan, pasangannya serta ahli keluarganya
  2. Kakitangan koperasi dan subsidiari-subsidiarinya.
  3. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah-
  4. Warganegara Malaysia
  5. Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun
  6. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau berkerja dalam kawasan operasi Koperasi ini dan
  7. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan manamana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Permohonan Menjadi Anggota

Permohonan menjadi anggota Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad hendaklah dibuat dalam borang rasmi Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad ini dan di alamatkan kepada Ketua Setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

Fi masuk

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit : Lima puluh). Fi Masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM200.00 (Ringgit : dua ratus).

Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika permohon untuk menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.

Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akuan untung rugi.

https://komajucoop.blogspot.com

Hashtag / Keywords

#koperasi #KOMAJU

Contact Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan Berhad

error: Content is protected !!