Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3
Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3 mengandungi 4 lagi langkah yang perlu anda tahu seperti jangan berhutang dengan sewenang-wenangnya, kurangkan kuantiti kad kredit, kurangkan beban komitmen bulanan supaya tidak tinggi dan banyak bersedekah dan berzakat supaya duit kita diberkati Allah. Mari kita kupas satu persatu isu ini supaya anda lebih memahami.
Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3 - Jangan Berhutang dengan sewenang-wenangnya
Langkah ketujuh dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3 ialah Jangan Berhutang dengan sewenang-wenangnya. Banyak iklan Internet seperti di laman web, Facebook, Instagram dan carian di Google mengenai pinjaman peribadi. Apakah maksud pinjaman peribadi? Pinjaman peribadi dengan kata lain adalah berhutang. Jadi berhati-hati kerana jika anda banyak berhutang, anda akan mendedahkan diri anda kepada kemudaratan kewangan yang lebih dashyat.
Anda boleh membuat pinjaman peribadi dalam keadaan tertentu yang anda rasakan sesuai dengan situasi kewangan anda. Tetapi anda harus fikir dengan bijaksana.
Jangan terpesona dengan kadar interest yang rendah serta hadiah-hadiah yang ditawarkan. Fikir masak-masak sebelum membuat sebarang hutang baru. Dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3 adalah siri terakhir yang anda mesti baca.
Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3 - Kurangkan Kuantiti Kad Kredit
Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3 – Kurangkan Kuantiti Kad Kredit adalah langkah kelapan yang anda mesti ikuti kerana anda pasti terjebak dengan beban hutang yang tinggi dengan memiliki kad kredit yang banyak. Gunakan kad kredit apabila berlaku kecemasan dan bukan membeli barang-barang mewah.
Antara kelebihan kad kredit:
- Anda dapat barang dan baru bayar ataupun dibayar dalam masa 21 hari selepas tarikh pembelian.
- Mudah membuat urusan secara on-line dan off-line.
- Anda boleh menggunakan mengikut jumlah max pengeluaran yang dibenarkan.
- Anda boleh membuat bayaran ansuran mudah apabila membeli barang dengan harga yang mahal.
- Nikmati kadar interest 0% dan pembayaran boleh dipanjangkan selama 24 bulan, 36 bulan ataupun sehingga 60 bulan.
- Anda boleh membeli barangan walaupun anda tidak mempunyai wang yang cukup.
Antara keburukan kad kredit:
- Penggunaan yang tidak terkawal menyebabkan keseronokan luar jangka.
- Nafsu membeli menjadi semakin besar.
- Boleh membeli barang yang tidak mampu untuk dibeli menggunakan wang tunai.
- Anda akan ada budaya mengumpul kad kredit. Lebih banyak kad kredit bererti lebih hutang.
- Interest rate 18% setahun dan faedah berganda sangat memudaratkan golongan miskin dan pertengahan.
Anda dinasihatkan menggunakan kad debit dalam semua urusan kerana hanya anda tahu kemampuan dan kuasa beli yang anda ada.
Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3 - Kurangkan Beban Komitmen Bulanan
Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3 – Kurangkan Beban Komitmen Bulanan adalah langkah kesembilan yang anda perlu ambil jika inginkan ketenangan jiwa. Dengan harga barang keperluan yang semakin meningkat dan kadar inflasi yang tinggi, anda harus mengurangkan beban komitmen bulanan anda. Ramai yang tersalah konsep dimana tambah hutang diperlukan untuk menampung kehidupan seharian. Itu adalah konsep yang salah sama sekali.
Anda boleh mengurangkan beban komitmen bulanan dengan mengurangkan pembelian barang atas talian, bayar ansuran bulanan pada waktu yang ditetapkan (on-time), menyemak kembali pelan pascabayar talian telefon dan mengurangkan pakej stesen tv berbayar.
Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3 - Banyak Bersedekah dan Berzakat
Langkah terakhir yang anda boleh ikuti dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3 ialah Banyak Bersedekah dan Berzakat. Pepatah ada mengatakan “lebih banyak anda memberi, lebih banyak anda akan dapat ganjaran”. Hati anda menjadi senang dan memupuk sikap kasih mengasihani sesama manusia.
Barangkali inilah perkara yang jarang-jarang dilakukan oleh kita iaitu bersedekah dan berzakat. Percayalah bahawa rezeki itu datangnya dari Allah dan anda tidak akan muflis jika bersedekah dan berzakat.
Bagaimana Jika Hutang Terlalu Banyak?
Apabila anda mengalami kekurangan wang, terlintas difikiran kita untuk membuat pinjaman peribadi. Ini kerana kita tidak mahu dari mana sumber untuk kita mendapatkan wang. Cara membuat pinjaman peribadi adalah cara yang sangat mudah kerana terdapat banyak bank dan koperasi yang menawarkan pembiayaan peribadi.
Terdapat juga koperasi yang memberi pinjaman kecemasan kepada anggotanya yang menghadapi kesempitan wang untuk membeli meneruskan kehidupan. Pembiayaan tersebut dikenali dengan banyak nama iaitu pembiayaan persekolahan, pembiayaan kecemasan, bantuan tunai hari raya dan lain-lain.
Anda harus sedar satu perkara iaitu jika anda memohon pinjaman kecemasan, anda sebenarnya berada pada satu peringkat terakhir untuk memohon pinjaman peribadi. Jika anda tidak layak membuat pinjaman kecemasan, anda mungkin terjerumus untuk meminjam dengan Ah Long (loan shark).
Bagaimana Caranya Mengurus Hutang yang Banyak?
Dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3, cara terakhir untuk anda mengurus hutang anda yang banyak adalah dengan menghubungi agensi pengurusan hutang yang ditubuhkan oleh kerajaan. Di Malaysia, agensi tersebut dikenali sebagai AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Anda boleh menghubungi AKPK bagi menstrukturkan semua pinjaman anda dengan bank atau institusi kewangan. Sila hubungi AKPK ditalian 03-26167766.
Begitulah berakhirnya Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3. Diharapkan anda mendapat manfaat dari perkongsian info ini.
Hashtag / Keywords