Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2

Dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2, langkah ketiga yang anda perlu ikuti adalah Belanja dengan Berhemah. Tidak semestinya barang murah adalah cara berhemah. Begitu juga dengan membeli barang mahal tidak bererti kita tidak berhemah dalam berbelanja. Semuanya akan diterangkan dalam entri ini.

Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2

Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 - Belanja Dengan Berhemah

Langkah ketiga yang anda perlu tahu adalah Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 adalah Belanja dengan Berhemah dan Tidak Boros Berbelanja. Ramai yang pernah mendengar perkataan ini tetapi tidak faham cara melakukannya. Belanja dengan berhemah bererti anda tidak boros berbelanja. Sebagai contoh anda telah mengenalpasti 2 buah kedai untuk membeli pembersih hampagas. Kedai A menjual dengan harga RM1,200. Manakala Kedai B menawarkan dengan harga yang sama iaitu RM1,200 tetapi menawarkan potongan 50% untuk item kedua yang sama.

Jika anda seorang pembeli yang bijak, anda harus menilai dari banyak segi seperti keperluan untuk membeli sebuah lagi mesin penyedut hampagas, keluasan rumah anda dan lain-lain faktor. Ramai yang terpengaruh dan terus membeli di Kedai B yang menawarkan tawaran pukal. Akhirnya, anda membayar RM1,800 untuk membeli 2 pembersih hampagas untuk kegunaan rumah anda yang kecil.

Walaupun nampak pembelian ini menguntungkan, tetapi sebenarnya anda telah mengeluarkan wang tambahan yang sepatutnya anda boleh gunakan untuk membaiki mesin pembersih hampagas jika berlaku kerosakan kemudian hari. Ini adalah salah satu cara halus untuk kita berbelanja lebih dan matlamat untuk tidak boros berbelanja tidak dapat dilakukan.

Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 - Rancang Perbelanjaan

Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 - Rancang Perbelanjaan

Langkah ke-4 dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 adalah dengan Rancang Perbelanjaan anda. Sukar untuk merancang kerana banyak perkara diluar jangkaan akan berlaku setiap hari. Antara kebaikan Pengurusan Kewangan Bijak Rancang Perbelanjaan adalah seperti berikut:

  • Ada dapat menyenaraikan keperluan mendesak, keperluan penting dengan lebih yakin.
  • Anda dapat mengharungi hari-hari anda tanpa memikirkan tekanan wang.
  • Anda tidak terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi.

Sebagai contoh, anda boleh membuat potongan RM50 setiap bulan dari jumlah perbelanjaan bulanan anda untuk digunakan pada Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan. Anda boleh sahaja tidak keluar rumah pada minggu ketiga pada hujung minggu dan nikmati hujung minggu anda dengan menonton televisyen.

Dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 ini, anda boleh rancang perbelanjaan dalam pelbagai bentuk seperti berikut:

  • Rancang perbelanjaan harian
  • Rancang perbelanjaan bulanan
  • Rancang perbelanjaan tahunan

Rancang Perbelanjaan Harian

Tidak susah untuk Rancang Perbelanjaan Harian anda. Sebagai contoh, anda boleh membawa RM20 untuk ke pejabat dimana duit itulah digunakan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Secara otomatik jika anda setkan dalam minda hanya boleh belanja max RM20 setiap hari, anda akan menjadi orang berdisiplin dan hasilnya adalah anda tidak akan merungut duit tiada pada hujung bulan.

Rancang Perbelanjaan Bulanan

Anda tidak boleh mengamalkan cara yang kebanyakannya dilakukan orang lain seperti makan beramai-ramai bersama keluarga apabila hari gaji tiba. Ini kerana keadaan begini jika anda ikuti dikhuatiri akan membawa risiko yang tidak baik jika ada perkara kecemasan untuk pakai duit pada bulan itu.

Sebaik-baiknya jika anda merancang untuk makan-makan dengan keluarga, duit yang sepatutnya digunakan pada awal bulan boleh disimpan dan digunakan pada hujung bulan atau pada hari gaji seterusnya masuk. Ini sekaligus menjadikan anda seorang yang sabar dalam melakukan satu-satu tindakan walaupun melakukan perkara baik yang tidak bertentangan dengan ajaran agama.

Rancang Perbelanjaan Tahunan

Jika anda sudah boleh membiasakan diri dengan merancang perbelanjaan harian dan bulanan, kini anda telah beralih ke fasa seterusnya iaitu rancang perbelanjaan tahunan

Sebagai contoh, jika anda ingin membeli kereta baru, anda harus membayar premiun insurans yang mahal pada tahun berikutnya. Kos penyelenggaran juga mahal kerana anda perlu ke pusat servis kereta yang berdaftar. Jadi rancang perbelanjaan tahunan dengan baik iaitu jika hutang ansuran komputer riba atau hutang pinjaman peribadi telah tamat, barulah anda menggunakan lebihan installment bulanan tersebut untuk membeli keperluan lain seperti membeli kereta baru dan tidak perlu risau untuk membayar premium insurans kereta yang mahal.

Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 - Tidak Mementingkan High Lifestyle

10 Langkah Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Tidak Mementingkan High Lifestyle Tidak Mementingkan High Lifestyle
Perkara ini sering disalaherti dalam 10 Langkah Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Tidak Mementingkan High Lifestyle Tidak Mementingkan High Lifestyle.

Selepas anda mengetahui cara belanja dengan berhemah dan merancang perbelanjaan, langkah ke-5 dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 adalah anda mesti pandai membezakan pola gaya hidup anda iaitu Tidak Mementingkan High Lifestyle. Jika anda tidak mempunyai pendapatan yang besar, janganlah anda cuba menjadi seperti ‘seseorang’ yang kaya dan boleh membeli apa sahaja. Begitu juga apabila anda membuat perbandingan dengan rakan sekerja anda, walaupun anda mempunyai pangkat yang sama, tetapi tetap ada bezanya.

Sebagai contoh, jika anda seorang eksekutif yang bergaji RM3,000 sebulan, anda tidak boleh hidup dengan gaya hidup yang sama seperti rakan anda yang juga seorang eksekutif dan bergaji sama dengan anda. Banyak faktor luar perlu diambilkira seperti pendapatan sampingan, latarbelakang keluarga yang kaya, mempunyai isteri yang bekerja, anak yang ramai, beban hutang yang sedikit dan sebagainya.

Jika semua itu diambilkira, anda diumpamakan seperti ‘berpijak di bumi nyata’ kerana tidak meniru gaya hidup tinggi kawan-kawan anda.

Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 - Sediakan Tabung Keperluan

Langkah keenam yang mesti anda ikuti dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 adalah sediakan tabung keperluan. Ramai orang ambil enteng dan menganggap gaji tiap-tiap bulan cukup dan tidak perlu menabung dan berjimat-cermat. Cuba bayangkan jika anda telah diberhentikan kerja atau anda mengalami kecelakaan iaitu tidak dapat bekerja lagi akibat masalah kesihatan. kemalangan atau yang seumpama dengannya.

Dimanakah wang untuk anda kos perubatan dan menampung kehidupan tanpa bekerja? Ramai yang gagal dalam peringkat ini. Anda boleh sediakan tabung-tabung keperluan yang mesti dicarum tiap-tiap bulan iaitu tabung percutian, bayaran insurans kereta, penyelenggaraan apartment, tabungan hari raya dll. Secara tidak lansung cara ini dapat membendung dari nafsu membeli yang tinggi yang akhirnya membazirkan wang anda.

Sediakan Tabung Keperluan

Hashtag / Keywords

#PengurusanKewangan

error: Content is protected !!